Salam & Apa Khabar Semua! Blog kali ni saya nak share Siapakah Itu Welder dan apa skop2 kerja mereka okay. Welder ni memang selalu jugak dengar dalam industri engineering, construction dan oil & gas.
Welder atau bahasa melayu disebut jurukimpal adalah pekerja berkemahiran dalam mencantumkan bahan dengan bahan yang lain. Bahan tersebut boleh jadi logam contohnya steel, aluminum, brass, stainless steel dan lain2.
Welder juga memerlukan ketangkasan yang tinggi serta pemerhatian yang terperinci ketika melakukan kerja2 kimpalan/welding. Juga perlu memiliki pengetahuan teknikal tentang bahan2 yang mahu dicantumkan dan amalan2 kerja yang perlu diterapkan.
Antara bidang2 yang memerlukan welder adalah seperti kejuruteraan, pembuatan, pembinaan, minyak dan gas serta otomotif.
Skop2 kerja sebagai welder adalah…
#1 Lays out, fits, and welds fabricated, cast, and forged components to assemble structural forms, such as machinery frames, tanks, pressure vessels, furnace shells, and building and bridge parts
#2 Lays out, positions, aligns, and fits components together.
#3 Bolts, clamps, and tack-welds parts to secure in position for welding
#4 May assemble parts by bolting and riveting
#5 May repair products by dismantling, straightening, reshaping, and reassembling parts, using cutting torch, straightening press, and hand tools, and be designated Welder, Structural Repair
#6 May specialize in using one welding process and be designated Welder-Fitter, Arc; Welder-Fitter, Gas
#7 May specialize in fitting and welding components of metal tools, dies, and fixtures and be designated Welder, Tool and Die
#8 Do furnishing and installation part
Proses kimpalan boleh jadi merbahaya jika tidak menerapkan langkah berjaga2. Dengan teknologi yang serba baru beserta perlindungan yang betul, dapat mengurangkan risiko kecederaan dan kematian ketika kerja2 kimpalan.
Procedure2 welding banyak melibatkan pancaran elektrik atau percikan api yang membawa kepada risiko kebakaran. Bagi mengelakkan perkara ini, welder perlu memakai PPE, Personal Protective Equipment dalam bentuk sarung tangan kulit tebal dan jaket berlengan panjang untuk mengelakkan daripada terdedah dengan kepanasan ekstrem dan api.
Full face welding helmet dipakai bagi mengelakkan keradangan atau inflammation pada kornea mata disebabkan oleh sinaran ultraviolet, dimana sinaran ini terhasil daripada kecerahan kawasan kimpalan.
Gas2 dan zarah2 merbahaya juga satu ancaman kepada welder. Proses2 kimpalan seperti flux cored arc welding dan shielded metal arc welding yang mengandungi zarah2 dari pelbagai jenis oxides, ini boleh menyebabkan metal fume fever atau demam asap logam.
Antara tempat2 yang anda boleh belajar ilmu dan kemahiran welding ni adalah:
- Akademi Binaan Malaysia
- TVETMARA
- Institut Latihan Perindustrian (ILP) – Jabatan Tenaga Manusia
- PERDA-TECH
- Kolej KEDA
- Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKBN)
Nur Izzati Athirah dikenali sebagai Iron Lady Malaysia merupakan welder wanita underwater pertama di Malaysia.
Moga perkongsian saya pada kali ni bermanfaat untuk anda, Inshaallah.
Nazmi Ismail – Engineer, AutoCAD Trainer
Berminat nak belajar Online Course AutoCAD 2D, AutoCAD 3D dan Basic Inventor Modeling? Jom klik link website dibawah 👇👇