Sidewalk Ramp and Kerb Revit Tutorial

Share This Post

RVT/ARC/01: Salam sejahtera semua! Sesi perkongsian untuk Revit tutorial kali ini adalah tentang membuat cecondong ataupun ‘ramp’ dalam loghat utaqa 😂 menggunakan perisian Autodesk Revit.

‘Ramp’ secara umumnya berfungsi untuk menghubungkan dua tapak yang berlainan ketinggian melalui permukaan yang rata tanpa perlu menggunakan jenis tangga. Antara kelebihannya adalah memudahkan pergerakan objek beroda seperti basikal, troli, dan juga pengguna kerusi roda terutamanya golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di tempat-tempat awam.

Ramp for sidewalk.

Di Malaysia terutamanya terdapat pelbagai aduan tentang kurangnya kemudahan ‘ramp’ di tempat-tempat awam seperti stesen-stesen bas dan keretapi terutama ketika kemudahan lif rosak untuk golongan OKU.

Jadi untuk video kali ini kami akan menunjukkan cara membuat reka bentuk ‘ramp’ pejalan kaki dan juga bendul jalan atau ‘road kerb’ menggunakan Revit. Video ini amat sesuai untuk yang berada di dalam bidang ‘Architecture’ samada pelajar mahupun industri.

*Kerb (UK) = Curb (US)

Detailing view.

Nak belajar lebih banyak lagi teknik-teknik menggunakan ‘software’ industri boleh ke link Online Course kami dibawah👇👇👇

https://nfdesignengineering.com/onlinecourses/

Sekian dari saya.

Segala cadangan atau ‘request’ tutorial boleh tinggalkan komen.😁

More To Explore

BIM

Building Information Modeling Service Provider

Kami menyediakan khidmat dan latihan untuk Building Information Modeling bagi projek swasta dan kerajaan. Projek yang kami terlibat untuk BIM: Pembinaan kilang pharmaceutical di Johor

Verified by MonsterInsights