Assalamualaikum dan selamat pagi semua kawan-kawan berpagi-pagilah kita dalam mencari rezeki insyaallah ada rezeki kita pada hari ini.Okey pada blog saya kalini saya nak ceritakan kepada anda Siapa sebenarya “Designer” dan apa itu DESIGNER.Saya nak sharekan sedekit huraian tak kiralah anda sekarang bekerja sebagai designer ataupun yang berkeinginan melanjutkan pelajaran anda dalam bidang Desinger.
Kerjaya Profesional
Sesiapa sahaja yang bergelar ‘designer’adalah pekerja profesional yang membangun penyelesaian masalah menurut kehendak komersial dengan mengambil kira keseimbangan teknikal komersial,kemanusiaan ataupun kehendak estetika.
Apabila menyebut kerjaya profesional “Designer” haruslah mempersiapkan diri dengan lengkap dari segi ilmu,sikap dan segala perkara yang berkaitan dengan kerjaya sama ada kerja dengan majikan ataupun bekerja sendiri.
Bukan 100% seni
Sebagai designer anda haruslah memiliki kemahiran teknikal seiring dengan kemahiran seni.
Designer tidak boleh terlalu hanyut dengan prinsip dan kemahiran seni lukis semata-mata.Seni reka tidak sama dengan aliran seni halus atau ‘Fine art’.Seni halus adalah sesuatu seni yang sebolehnya akan mengekalkan ketulenan aspirasi ketulenannya.Yup ekperasi oleh artisnya sendiri.
Kenapa kita harus tahu kesemuanye? kerana jika kita sebagai Designer kita harus menyediakan material yang akan dikeluarkan,dipaparkan dan disiapkan berdasarkan teknologi yang sedang digunakan ataupun yang terkini sealiran dengan industri 4.0 yang sekarang.
Berbeza dari artis
Designer merancang untuk proses manufacturing seterusnya (Cetak,kilang,bina).Berbeza dari artis,”Designer” menghasilakan sesuatu berdasarkan kehendak yang telah diberikan kepadanya dan kemudian next step akan diterbitkan oleh orang lain.
Lazimnye kerjaya seorang artis adalah bekerja untuk diri sendiri.Meluahkan fikiran,emosi dan mesej dalam ekspresi seninya diatas platform pilihannya sendiri .
“Designer” bekerja mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh klien-sebagai medium Outputnya dan lain-lain item ataupun spesifikasi yang terlibat.Designer memberi solusi atau penyelesaian yang terbaik dalam pelbagai kaedah bagaimana membentuk dan menyusun visual yang paling baik dan berkesan.Yang mana pada akhirnya diberikan kepada orang lain untuk proses yang sebenar (Real Item).
Berminat nak belajar Online Course AutoCAD 2D, AutoCAD 3D dan Basic Inventor Modeling? Jom klik link dibawah 👇👇
https://nfdesignengineering.com/onlinecourses/