Salam & Apa Khabar Semua. Blog kali ni saya nak share tentang step2 penggalian dan menyiapkan telaga minyak (Oil Well).
Oil Well digunakan untuk menyalirkan minyak dan gas asli yang terperangkap dalam batuan2 bawah tanah naik ke atas permukaan platform. Proses oil well drilling ni juga termasuk dalam fasa Development untuk upstream oil & gas.
Upstream Flow: Exploration Phase >> Development Phase >> Production Phase
Istilah drilling merujuk kepada operasi2 yang diperlukan untuk membina telaga minyak (Oil Well) dengan menggunakan teknik penggalian.
Ketika dalam proses penggalian ni, tindakan2 berikut perlu diambil kira antaranya:
- untuk mengatasi rintangan batu batuan, memecahkannya menjadi halus
- untuk membuang zarah2 batuan ketika memecahkan batu batuan lain
- memastikan oil well stabil
- menghalang cecair2 atau gas2 dalam formation yang telah digali daripada memasuki well
Cara untuk memastikan keempat2 aspek ni berjalan adalah dengan menggunakan rotary drilling rigs yang digunakan dalam exploration & production sekarang.
Rotary drilling menggunakan drill bit yang tajam dan berputar untuk menggali kebawah melalui kerak bumi. Konsep sama seperti jika anda menggunakan drill untuk tebuk dinding rumah.
Berbeza ya, sebelah kanan adalah drill bit untuk tebuk dinding rumah tu, sebelah kiri adalah drill bit untuk oil well drilling. Ada 2 jenis drill bit iaitu Roller Cone Bit & Fixed Cutter Bit.
Drilling rig atau pelantar penggerudian (berbeza dengan pelantar minyak ya) adalah struktur terdiri daripada equipment2 kompleks yang boleh digerakkan dari satu tapak ke tapak yang lain untuk menggerudi banyak well.
Dalam rotary drilling, batuan2 dihancurkan untuk dijadikan lubang menggunakan drill bit yang berpusing dan pada masa yang sama menghala ke bawah memecahkan batuan2 lain dalam lubang tersebut. Drill bit diputarkan oleh drill string yang mengandungi paip2 keluli kecil yang menghantar drilling fluids kepada drill bit.
Cuttings atau batuan2 hancur yang dihasilkan oleh drill bit dibawa ke atas surface menggunakan drilling fluid, biasanya menggunakan mud atau air atau gas atau foam yang turun melalui drill string ke drill bit kemudian naik ke surface.
Putaran tersebut ditransmit ke drill bit dari permukaan oleh alat yang dipanggil rotary table.
Setelah menggerudi dalam beberapa kedalaman, untuk memastikan kestabilan well ia perlu diletakkan steel pipes casing. Casing2 ini digabungkan sekali menggunakan threaded sleeves.
Ruang antara casing dan lubang kemudian diisikan dengan cement slurry untuk memastikan hydraulic and mechanical seal..
Kedalaman terakhir well dicapai dengan meneruskan proses penggerudian lubang dengan diameter yang makin berkurang dan berkurang untuk setiap casing yang seterusnya. Menghasilkan concentric tubular elements.
Step terakhir dalam well completion adalah memasang wellhead atau kepala telaga pada permukaan well. Biasanya dipanggil Production Tree atau Christmas Tree yang terdiri daripada valves, spools dan fittings digunakan untuk kawal aliran sama ada untuk oil well, gas well, water injection well, water disposal well, gas injection well, condensate well dan lain2 lagi.
Nazmi Ismail – Engineer, AutoCAD Trainer
Rujukan:
- Oil & Gas Portal
- Rigzone
Berminat nak belajar Online Course AutoCAD 2D, AutoCAD 3D dan Basic Inventor Modeling? Jom klik link dibawah 👇👇