Pam adalah sejenis peralatan mekanikal yang digunakan untuk menggerakkan cecair dari satu titik ke titik yang lain dalam sistem paip.
Dengan cara meningkatkan tenaga mekanikal pada cecair tersebut.
Pam dipanggil sebagai ‘energy absorbing devices’ sebab tenaga dibekalkan padanya supaya ia boleh beroperasi.
Pam memberikan tenaga pada cecair untuk meningkatkan tekanan cecair tersebut.
Pam dikelaskan kepada 2 iaitu Positive Displacement Pumps dan Dynamic Pumps.
Untuk ‘positive displacement pump’ , cecair masuk dalam ruangan tertutup, di mana ruangan tertutup tersebut mengembang dan mengecut supaya dapat menerima dan mengeluarkan cecair.
Boleh bayangkan picagari yang jururawat guna untuk suntik orang tu.
Untuk ‘dynamic pump’ , tiada ruangan tertutup, tetapi terdapat bilah2 yang berpusing dipanggil sebagai ‘impeller blades’ yang memberikan tenaga pada cecair.
Jom kita faham lebih lanjut Positive Displacement Pump dan Dynamic Pump ni ya.
Positive Displacement Pump ada 2 jenis iaitu Rotary dan Reciprocating.
Rotary Positive Displacement Pump memiliki mekanisma berpusing yang menghasilkan ‘vacuum’ dan membawa cecair masuk ke dalam pam.
Rotary Positive Displacement Pump boleh mengendalikan cecair yang sangat likat atau ‘highly viscous’ dengan cekap.
Antara contoh rotary positive displacement pump adalah Rotary Vane Pumps, Screw Pumps dan Gear Pumps.
Reciprocating Positive Displacement Pump memiliki komponen yang berayun menyebabkan cecair untuk bergerak melalui pam tersebut.
Komponen berayun tersebut boleh jadi piston, plunger atau diaphragm.
Antara jenis2 Reciprocating Positive Displacement Pump adalah Piston Pump, Plunger Pump dan Diaphragm Pump.
Dynamic Pump adalah jenis pam yang meningkatkan halaju cecair ketika cecair masuk ke dalam pam
Tetapi bila cecair tiba pada bahagian outlet pam, tenaga kinetik yang meningkat tersebut bertukar menjadi ‘potential energy’. Bermaksud tekanan ditingkatkan.
Jenis2 dynamic pumps adalah Centrifugal Pump, Axial Pump dan Mixed Flow Pump.
Untuk penerangan lebih lanjut bagi setiap jenis2 pam nantikan posting saya akan datang Inshaallah…
Nazmi Ismail – Jurutera, Pengajar, Penulis
Online Course: https://nfdesignengineering.com/onlinecourses
Rujukan: Chemical Engineering World
Gambar: Global Specs