Platform Minyak ‘Troll A’ Sama Tinggi Dengan Menara Petronas

Share This Post

Platform Troll A

Platform gas bernama ‘Troll A’ memiliki jumlah ketinggian sebanyak 472 meter, lebih tinggi daripada Menara Petronas, 452 meter.

Troll A terletak di North Sea iaitu kawasan perairan berhampiran Norway. Siap didirikan pada tahun 1996.

Platform Troll A adalah antara platform offshore yang terbesar dan juga struktur yang paling besar yang pernah digerakkan dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

Troll A dengan 4 kakinya

Platform ini terletak diatas 4 kaki yang terdiri daripada konkrit keluli bertetulang atau ‘steel reinforced concrete’.

Dinding setiap kaki tersebut memiliki ketebalan melebihi 1 meter yang dibentuk hasil satu tuangan konkrit yang berterusan.

Ini menghasilkan dinding kaki platform yang berterusan atau ‘seamless’ sehingga ke lantai laut berkedalaman 300 meter bawah aras permukaan laut.

Dengan ini, membolehkan kaki2 tersebut menahan tekanan kuat dari ombak ketika sedang mengendalikan keseluruhan berat platform.

Untuk kestabilan, ‘fortified boxing’ disambungkan pada kesemua 4 kaki atau tiang tersebut.

Bukan sekadar kuat, platform tersebut juga perlu jadi fleksibel di mana ia akan bergoyang dengan lembut bersama2 ombak untuk meredakan tekanan yang diberikan oleh ombak tersebut.

‘Fortified Boxing’ tersebut memastikan kesemua 4 kaki atau tiang tersebut bergerak sekali.

Terdapat 6 sauh dengan kepanjangan 40 meter yang menahan kaki2 platform di lantai laut.

Tapak dan dek platform tersebut dibina secara berasingan dan disambungkan bersama pada tahun 1995 di mana tapak atau kaki2 tersebut ditenggelamkan terlebih dahulu sebelum keseluruhan struktur siap disambungkan.

Jumlah ketinggian keseluruhan platform tersebut adalah 472 meter lebih tinggi berbanding Menara Petronas.

Berat platform ini termasuk pemberat air atau ‘ballast’ adalah sebanyak 1.2 juta tan.

Pembinaan platform ini dilakukan di sebuah kawasan di Norway yang jaraknya 200 km dari lapangan gas Troll.

Tidak seperti platform2 offshore yang lain yang diangkut setiap bahagian satu persatu, platform Troll A ini terus disambungkan kesemua bahagiannya terlebih dahulu dan diangkut ke lokasi lapangan.

Kerja mengangkut platform tersebut ke lokasi lapangan mengambil masa 7 hari.

Troll A dicatatkan sebagai platform gas offshore paling besar dalam Guinness Book of World Records pada 1996.

Pada tahun 2006, sempena ulang tahun ke-10 pengeluaran gas Troll oleh syarikat minyak Statoil, sebuah konsert dibuat di salah satu kaki platform terletak 303 meter bawah aras laut.

Nazmi Ismail – Jurutera, Pengajar, Penulis

Online Course: https://nfdesignengineering.com/onlinecourses

Rujukan:
– NES Fircroft
– Ocean Hub

More To Explore

BIM

Building Information Modeling Service Provider

Kami menyediakan khidmat dan latihan untuk Building Information Modeling bagi projek swasta dan kerajaan. Projek yang kami terlibat untuk BIM: Pembinaan kilang pharmaceutical di Johor

Verified by MonsterInsights