Pengenalan Kepada Hydrostatic Test

Share This Post

Masa saya kerja kat kilang buat piping valves dulu, hydrostatic test ni mmg perlu dibuat, kalo tak kena maki la jawabnya haha…

Okay, jom kita kenal secara asas apakah itu Hydrostatic Testing ni.

Hydrostatic testing ni adalah proses di mana komponen2 seperti sistem paip, silinder, boilers dan pressure vessel diuji untuk kekuatan dan kebocoran.

Dalam bahasa melayu, ‘boilers’ disebut dandang, ‘pressure vessel’ disebut pengandung tekanan. So jangan confuse pula ya, dalam artikel ni vessel merujuk kepada bekas yang mengandungi cecair atau gas, bukan kapal haha..

Hydrotest ni selalunya diperlukan setelah ‘shutdowns’ dan kerja2 pembaikan bagi mengesahkan yang peralatan tersebut akan beroperasi pada keadaan yang sepatutnya bila sudah kembali beroperasi.

Walaupun hydrostatic testing ni dikira sebagai kaedah ‘non-destructive test’, peralatan juga boleh pecah dan rosak jika ‘inspection’ yang dilakukan melebihi ‘test pressure’ yang ditetapkan.

Jom kita faham macam mana cara Hydrostatic Testing ni ya…

Hydrostatic testing ni adalah sejenis ‘pressure test’ yang dilakukan dengan cara komponen diisi penuh oleh air, mengeluarkan udara yang terkandung dalam unit tersebut dan memberi tekanan pada sistem tersebut sehingga 1.5x daripada ‘design pressure’ yang sudah dihadkan pada unit tersebut.

Tekanan kemudian ditahan dalam tempoh masa tertentu untuk memeriksa secara visual kebocoran yang terdapat pada sistem tersebut.

‘Visual inspection’ boleh ditingkatkan dengan cara menggunakan ‘tracer’ atau ‘fluorescent dyes’ pada cecair tersebut untuk mengenalpasti di mana asal retakan dan kebocoran.

Terdapat 3 kaedah ‘hydrostatic testing’ yang biasa digunakan untuk menguji ‘pressure vessels’ dan silinder yang kecil contohnya…

✔ Water Jacket Method
✔ Direct Expansion Method
✔ Proof Testing Method

Jom kita faham secara asas 3 kaedah ‘Hydrostatic Testing’ ni…

Hydrostatic Test – Water Jacket Method

Untuk Water Jacket Method…’vessel’ tersebut diisi dengan air dan dimuatkan kedalam ruang tertutup yang disebut sebagai ‘test jacket’ yang juga diisi dengan air.

‘Vessel’ tersebut kemudian diberi tekanan dalam ‘test jacket’ tersebut pada tempoh masa yang ditetapkan.

Ini menyebabkan ‘vessel’ tersebut untuk mengembang dalam ‘test jacket’, ini menyebabkan air dipaksa keluar menuju kedalam tiub kaca yang mengukur jumlah pengembangan tersebut.

Bila jumlah pengembangan sudah direkodkan, tekanan dikeluarkan dari ‘vessel’ lalu menyusut ke saiz asal. Bila ‘vessel’ tersebut kempis ke saiz asal, air mengalir kembali ke dalam ‘test jacket’ tersebut.

Kadang2 ‘vessel’ tersebut tak kembali ke saiz asalnya. Saiz kedua ni dipanggil sebagai ‘permanent expansion’.

Beza antara ‘total expansion’ dan ‘permanent expansion’ menentukan sama ada ‘vessel’ tersebut sesuai atau tidak untuk beroperasi.

Biasanya semakin tinggi peratusan pengembangan, semakin besar kemungkinan ‘vessel’ tersebut tidak beroperasi.

Hydrostatic Test – Direct Expansion Method

Untuk Direct Expansion Method…’vessel’ atau silinder diisi dengan air pada jumlah yang tertentu, sistem tersebut diberi tekanan dan mengukur jumlah air yang dikeluarkan bila tekanan tersebut dilepaskan.

Nilai ‘permanent expansion’ dan ‘total expansion’ dikenalpasti dengan cara merekodkan jumlah air yang ditolak masuk ke dalam ‘vessel’, ‘test pressure’ dan jumlah air yang terkeluar dari ‘vessel’ tersebut.

Hydrostatic Test – Proof Pressure Method

Untuk Proof Pressure Method…tekanan dalaman digunakan dan menentukan jika ‘vessel’ tersebut terdapat sebarang kebocoran atau kelemahan2 lain seperti ‘wall thinning’ yang boleh menyebabkan kerosakan.

Di negara Amerika Syarikat, kaedah Proof Pressure Method ni hanya dibenarkan jika ‘U.S Code of Federal Regulations’ tidak memerlukan nilai ‘permanent expansion’ dan ‘total expansion’ untuk direkodkan.

Terdapat beberapa peralatan yang tidak direka untuk mengendalikan beban2 yang diperlukan dalam sesuatu ‘pressure test’.

Jadi, pilihan lain adalah menggunakan ‘pneumatic testing’.

Pneumatic Testing adalah sejenis ‘pressure test’ yang melibatkan ‘vessel’ diberi tekanan oleh gas seperti udara atau nitrogen.

Tapi, langkah berhati2 diperlukan ketika membuat ‘pneumatic testing’ kerana gas memiliki kebolehan untuk dimampatkan dan terkandung dalam jumlah yang lebih besar berbanding ‘hydrostatic testing’.

Untuk pipelines, hydrostatic test dijalankan bila pipeline sudah tidak beroperasi. Semua minyak dan gas asli biasanya dibuang, saluran dibersihkan secara mekanikal sebelum testing dilakukan.

Dalam keadaan tertentu, operator dan inspector perlu pertimbangkan ciri2 cecair hydrotest dan bagaimana cecair tersebut boleh memberi kesan kepada peralatan.

Sebagai contoh, air boleh hasilkan persekitaran untuk pengaratan berlaku. Jadi, peralatan perlu dikeringkan sebaiknya dan pastikan tiada bahan cemar sebelum memulakan operasi pengujian.

Inshaallah, moga anda faham penerangan asas daripada saya untuk Hydrostatic Testing ni, jika ada penambahbaikan boleh komen ya.

Nazmi Ismail – Jurutera, Pengajar, Penulis

Online Course: https://nfdesignengineering.com/onlinecourses

Rujukan:
Website Inspectioneering, Overview of Hydrostatic Testing

More To Explore

BIM

Building Information Modeling Service Provider

Kami menyediakan khidmat dan latihan untuk Building Information Modeling bagi projek swasta dan kerajaan. Projek yang kami terlibat untuk BIM: Pembinaan kilang pharmaceutical di Johor

Verified by MonsterInsights