Kenalkan saya Nazmi, merupakan lepasan Sarjana Muda Kejuruteraan dan pernah berkhidmat sebagai engineer dan pelukis pelan dalam industri oil & gas.
Pada mulanya saya tak suka dengan software2 design macam AutoCAD ni, sbb masa tu saya tak pandai bab2 computer ni haha
Tapi bila dah start nak masuk final year degree, kesedaran tu mula ada untuk dalami ilmu AutoCAD ni. Maka saya dengan hati kering apply internship kat Petronas, dalam resume letak AutoCAD rating 8/10 haha😂😂
jeng jeng jeng, dapat pulak offer untuk intern kat Petronas, elaun Rm800 tu, kita pun accept la, and dia kata mmg nak intern yang tahu guna AutoCAD.
Kita pun apa lagi, dengan basic pun berterabur, 3 hari sebelum start intern kat Petronas tu la kerah otak, jiwa dan raga latih guna AutoCAD ni.
Alhamdulillah, ada pelukis pelan kat pejabat KLCC bawah tu sudi mengajar kita ilmu advance berkenaan AutoCAD ni. Adalah sumbangan sikit kat Petronas walaupun hanya secangkir kudrat.
Kemudian masuk universiti balik, otak bisnes saya ni mula mengeluarkan Business Model Canvas untuk saya provide servis drafting & personal coaching AutoCAD.
The best thing is masa student tengah rancak buat Final Year, Final Plant Design project, time ni la monetize skills AutoCAD saya, sampai dalam satu malam saya provide servis kepada 15 orang students.
Haaa…itu yang sampai cecah income RM300 sebagai students dalam satu malam. Time tu saya caj murah je maklumlah student.
Alhamdulillah software yang dahulunya saya cukup tak hingin nak belajar, sekarang banyak membantu saya untuk menjayakan servis2 dan training2 berkaitan design & engineering.
Moga bermanfaat perkongsian saya ni untuk anda semua. Thanks!
Nazmi Ismail
Autodesk Certified Professional: AutoCAD
Graduate Engineer BEM
Berminat nak belajar Online Course AutoCAD 2D, AutoCAD 3D dan Basic Inventor Modeling?? Jom klik link dibawah ya 👇👇