Kegunaan AutoCAD Dalam Projek EPCC (Engineering, Procurement, Construction & Commissioning)

Share This Post

Salam dan Apa Khabar semua. Blog kali ni saya nak share tentang kegunaan AutoCAD dalam projek EPCC iaitu Engineering, Procurement, Construction & Commissioning.

EPCC adalah sejenis kontrak dalam sektor swasta yang melibatkan projek berskala besar dan infrastruktur yang kompleks contohnya seperti Pengerang Intergrated Complex di Johor.

Dalam fasa Design & Engineering, AutoCAD digunakan oleh engineer dan drafter untuk prepare lukisan2 dan dokumen2 teknikal yang diperlukan dalam projek tersebut. Lukisan2 yang dihasilkan ini digunakan untuk fasa2 seterusnya iaitu procurement atau pembelian barang, construction dan commissioning.

Dalam fasa Procurement, AutoCAD diperlukan untuk menghasilkan lukisan2 sebagai rujukan untuk project engineer menyediakan Bill of Materials atau Material Take-off atau Bill of Quantities sebagai rujukan department procurement.

Lukisan2 yang dihasilkan juga adalah sebagai rujukan vendor atau supplier untuk memastikan mereka menjual produk mengikut spesifikasi yang betul kepada customer.

Dalam fasa construction, AutoCAD digunakan untuk menghasilkan lukisan2 sebagai rujukan site engineer, site supervisor atau project engineer.

AutoCAD juga diperlukan jika ada pembetulan atau amendment yang perlu dibuat kepada lukisan2 tersebut ketika pembinaan atau installation sedang berlangsung.

Untuk fasa terakhir iaitu fasa testing & commissioning, AutoCAD diperlukan untuk menghasilkan lukisan2 sebagai rujukan testing technician atau testing engineer untuk buat pemeriksaan pada struktur atau alat yang sudah siap dibina atau dipasang.

Fungsi testing adalah untuk memastikan keadaan sesuatu struktur atau alat dapat berfungsi dengan baik dan selamat berdasarkan lukisan2 dan dokumen2 teknikal yang sudah disediakan. Kemudian baru proceed kepada commisioning okay!

Nazmi Ismail – Engineer, AutoCAD Trainer

Berminat nak belajar AutoCAD 2D, AutoCAD 3D dan Basic Inventor Modeling? Jom klik link dibawah ya 👇👇

https://nfdesignengineering.com/product/autocad-3-in-1-package/

More To Explore

BIM

Building Information Modeling Service Provider

Kami menyediakan khidmat dan latihan untuk Building Information Modeling bagi projek swasta dan kerajaan. Projek yang kami terlibat untuk BIM: Pembinaan kilang pharmaceutical di Johor

Verified by MonsterInsights