Kalau anda tak nak kene marah dengan Pak cik / Mak cik kilang tolong TAKE NOTED benda ini Please jangan lakukan !!!

Share This Post

Assalamualaikum semua nama saya Hanafi di kesempatan ini saya nak kongsikan kepada anda semua satu masalah yang sering berlaku dikalangan pekerja-pekerja terutama dalam bidang Drafter…Kebolehan melukis adalah satu aspek dalam design.Tetapi yang lebih penting dan sukar ialah kebolehan mengadakan semakan atau check and balance hahaha (macam politik pulak rasa)

Maksud saya ialah,setelah melukis kita akan membuat semakan pada lukisan kita.Setiap titik garisan nombor dimensi perlu disemak.Dalam syarikat biasanye check list item-item produk satu persatu terutama item yang sangat penting seperti item tersebut perlu ada dua pasangan Left dengan Right (Coupling) ini bukan coupling lelaki perempuan ye dan saya nasihatkan sebelum kahwin jangan couple pun tak apa…hehehe

Satu lagi perkara penting example skru lah pastikan BOLT and NUT yang nak diketatkan boleh pusing sekurang-kurangye 30 degree.Sebab item-item ini kita oder melalui standart part yang dah di customkan so disini perlu buat check list yang paling kerap untuk memastikan syarikat tidah membazir hahaha acah nak kasi bos kaya lah pulak.

So saya nak ingatkan kat sini sekali lagi mintak tolong TAKE NOTED benda ni dan jika anda tak buat benda ni.hmmm jangan terkejut lah bila Pak cik Mak cik kilang mamarahi anda.Alhamdulillah saya berdarah A selalu check benda ni hahah macam fikiran orang Jepun pula,percaya kepada jenis darah akan sedikit sebanyak mempegaruhi sifat…hehehe saja jea main-main,jadi tak pernah kene panggil sebab benda ni.Tapi saya punye senior pernah kene tukar department sebab selalu buat mistake pada bahagian ni dan alhamdulillah beliau jadi lebih baik dan faham kehendak orang kilang ni.

Inilah antara cabaran kerjaya saya dalam Bidang Drafter.Dalam kita melakukan tugasan melakukan design,kita juga hendaklah memikirkan segala permasalahan yang akan berlaku,serta memudahkan kerja orang lain kan so tolong menolong itu amalan murni hehehe.

Okey itu saja perkongsian dari saya buat masa kini semoga bermanfaat untuk anda semua

Sebelum saya menamatkan perkongsian saya disini saya nak bagi anda satu pantun khas kepada yang suka membaca nah👇

Meniti senja biasan mentari,
Merkah setitis menjelang kabut,
Bacalah baca setiap hari,
Tak akan habis ilmu dituntut.

More To Explore

BIM

Building Information Modeling Service Provider

Kami menyediakan khidmat dan latihan untuk Building Information Modeling bagi projek swasta dan kerajaan. Projek yang kami terlibat untuk BIM: Pembinaan kilang pharmaceutical di Johor

Verified by MonsterInsights