Jom Faham Kapal ‘FPSO’ (Floating, Production, Storage, Offloading)

Share This Post

FPSO iaitu Floating, Production, Storage dan Offloading adalah sebuah kapal untuk fasiliti2 penghasilan minyak dan gas di offshore.

Ia menempatkan kedua2 peralatan untuk pemprosesan dan penyimpanan bagi ‘hydrocarbons’ yang sudah dikeluarkan dari bawah tanah.

Secara asasnya, rekabentuk FPSO adalah berbentuk kapal yang disertakan dengan peralatan pemprosesan di atas dek kapal dan peralatan penyimpanan di bahagian bawahnya.

Setelah hydrocarbon diproses, FPSO menyimpan minyak atau gas tersebut sebelum memindahkannya secara berkala ke kapal2 tangki yang berulang alik.

Atau juga menghantar petroleum yang sudah diproses tersebut melalui pipeline.

FPSO sesuai untuk lapangan minyak dengan kedalaman laut yang dalam atau disebut ‘deepwater’ atau juga ‘ultra-deepwater’.

Ia berlabuh di lokasi dengan menggunakan sistem tambatan atau ‘mooring system’ yang pelbagai.

Sebuah sistem tambatan berpusat membolehkan kapal FPSO untuk berpusing secara bebas untuk menyesuaikan dengan keadaan cuaca.

Sauh untuk sistem tambatan FPSO tersebut disebarkan ke pelbagai lokasi pada lantai laut.

Kebiasaannya akan terdapat banyak telaga2 di dasar laut di mana FPSO mengumpul hydrocarbon dari telaga2 pengeluaran dasar laut tersebut menggunakan pipeline2.

Minyak dan gas diangkut dari lantai laut melalui ‘flowlines’ dan ‘risers’ menuju ke FPSO di permukaan air.

Source: LinkedIn

Peralatan pemprosesan di atas dek kapal FPSO adalah sama seperti yang berada di atas production platform.

Fasiliti2 penghasilan pada FPSO secara asasnya terdiri daripada water separation, gas treatment, oil processing, water injection, gas compression dan lain2.

Kemudian itu barulah hydrocarbon disimpan.

Minyak mentah yang disimpan diatas kapal akan diangkut dengan kerap menggunakan hos ke kapal tangki yang berulang alik atau tongkang laut yang menuju ke darat.

Gas pula diangkut banyak kali menuju ke darat melalui pipeline atau ia akan disuntik kembali ke bawah tanah untuk meningkatkan penghasilan.

FPSO adalah lebih ekonomik kerana ia boleh bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain bila sesuatu lapangan sudah menyusut sumber hydrocarbon.

Kapal2 tangki yang sedia ada juga boleh ditukarkan menjadi FPSO.

Antara FPSO yang terdapat di Malaysia adalah FPSO Helang, FPSO Kikeh, FPSO Layang, FPSO Bunga Kertas, FPSO Puteri Dulang, FPSO Perintis dan FPSO Sepat.

Selain FPSO, juga terdapat ‘floating systems’ yang lain seperti…

– FSO, Floating Storage Offloading
– FPS, Floating Production Systems
– FSU, Floating Storage Units
– FDPSO, Floating Drilling Production Storage dan Offloading.
– FLNG, Floating Liquefied Natural Gas

Moga bermanfaat…

Nazmi Ismail – Jurutera, Pengajar, Penulis

Online Course: https://nfdesignengineering.com/onlinecourses

Rujukan:
– Rigzone
– FPSO Ventures
– Offshore Mag

More To Explore

BIM

Building Information Modeling Service Provider

Kami menyediakan khidmat dan latihan untuk Building Information Modeling bagi projek swasta dan kerajaan. Projek yang kami terlibat untuk BIM: Pembinaan kilang pharmaceutical di Johor

Verified by MonsterInsights