Jenis Cooling Tower: Cross Flow vs Counter Flow

Share This Post

Cooling tower ni selalu jumpa kat atas bumbung bangunan seperti hotel, pejabat dan kilang.

Berfungsi untuk menyejukkan air yang datang dari chillers dalam bangunan. Seperti saya jelaskan sebelum ni, Chillers membekalkan air sejuk atau coolant dalam sistem HVAC, pemprosesan, mesin dan pembuatan.

Proses penyejukan air dalam Cooling Tower ni dipanggil Evaporative Cooling iaitu air yang masuk melalui atas Cooling Tower disejukkan oleh udara yang masuk melalui bawah atau tepi Cooling Tower.

Semakin tinggi tenaga kinetik zarah dalam air tersebut, semakin tinggi suhu air. Jadi, sebahagian zarah2 air dengan tenaga kinetik yang tinggi terlepas dan evaporate dari air tersebut dibawa oleh udara yang naik keatas Cooling Tower lalu air tersebut menjadi lebih sejuk.

Okay, jom kita tengok perbezaan antara Cross Flow dan Counter Flow Cooling Tower ni.

Komponen dalam kedua jenis Cooling Tower ni sama sahaja, iaitu terdapat electric motor fan diatasnya yang sedut udara masuk, water inlet, air inlet, drift eliminator untuk singkirkan titisan air dari udara dan fill yang melengahkan masa sentuhan air dan udara bagi penyejukan air yang optimum.

Perbezaannya, Cross Flow Cooling Tower berlaku persilangan pergerakan air dan udara manakala Counter Flow Cooling Tower pula udara dan air bergerak melawan arah.

Jika anda lihat dalam gambar dibawah, Cross Flow Cooling Tower memiliki ‘air inlet’ di sepanjang ketinggian tower di bahagian kiri dan kanan.

Udara segar masuk melalui ‘air inlet’ tersebut, kemudian lalu dalam fill manakala air masuk melalui atas fill tersebut dan turun kebawah. Jadi berlaku cross flow antara udara dan air dalam fill tersebut.

Setelah udara tersebut melalui fill, ia perlu melepasi drift eliminator terlebih dahulu yang berfungsi untuk memerangkap titisan2 air yang terdapat dalam udara.

Kemudian udara tersebut keluar melalui bahagian atas tower. Air sejuk tersebut turun kebawah dan disalirkan kembali ke chillers atau condenser.

Untuk Counter Flow Cooling Tower pula, ‘air inlet’ terdapat di bahagian bawah tower. Jadi, udara masuk melalui ‘air inlet’ tersebut dan bergerak keatas menuju ke fill.

Manakala titisan2 air pula disembur masuk menggunakan water distribution sprinkler melalui bahagian atas tower, dan titisan2 air tersebut turun ke bawah menuju fill, jadi berlaku counter flow antara udara dan air dalam fill.

Atas water distribution pula ada drift eliminator berfungsi halang titisan2 air dari dibawa naik oleh udara keluar dari tower.

Fungsi titisan2 air disembur guna sprinkler adalah untuk tingkatkan penyejukan air. Di bahagian bawah Counter Flow Cooling Tower pula air yang dah sejuk bertemu dengan udara kering yang baru masuk dapat memaksimakan lagi penyejukan air.

Cuma untuk Counter Flow Cooling Tower, memerlukan ‘pump head’ yang lebih tinggi sebab ia memiliki water distribution sprinkler diatasnya yang menyembur titisan2 air. Juga sedikit bising sebab bunyi air semburan tersebut.

Kelebihan Counter Flow adalah ia lebih kecil dan penyejukan air lebih optimum, walau bagaimanapun bergantung pada keperluan proses.

Dari sudut maintenance dan kos, Cross Flow Cooling tower lebih mudah diselenggara dan lebih jimat kos operasi.

Nazmi Ismail – Jurutera, Pengajar, Penulis

Online Course: https://nfdesignengineering.com/onlinecourses

More To Explore

BIM

Building Information Modeling Service Provider

Kami menyediakan khidmat dan latihan untuk Building Information Modeling bagi projek swasta dan kerajaan. Projek yang kami terlibat untuk BIM: Pembinaan kilang pharmaceutical di Johor

Verified by MonsterInsights