Salam & Apa Khabar Semua, moga sihat sentiasa. Blog kali ni saya nak share tentang Tool Palletes dalam AutoCAD software ni.
Dalam Tool Palletes ni anda akan jumpa bermacam simbol2 untuk Architecture, Mechanical, Electrical, Civil dan Structure. Tapi tidak semua simbol yang diperlukan ada disediakan dalam Tool Palletes ni.
APA KELEBIHAN TOOL PALLETES NI?
Kelebihan Tool Palletes ni adalah dapat memudahkan pengguna AutoCAD untuk menyiapkan drawing dengan menggunakan simbol2 yang sedia ada dalam Tool Palletes ni.
Selain itu juga, kaedah dynamic block juga memudahkan pengguna untuk menggunakan simbol2 ni di mana simbol ini boleh flip, rotate, diubah jenisnya, scale dan seumpamanya dengan hanya klik2 sahaja.
Jadi dapat mempercepatkan proses membuat lukisan teknikal.
ANTARA SIMBOL2 YANG SEDIA ADA DALAM TOOL PALLETES
Untuk Architecture ada simbol2 seperti door, window, aluminum window, fluorescent, stud, toilet, trees, vehicles dan door elevation.
Untuk Mechanical ada simbol2 seperti shoulder screw, anchor rod, weld symbols, roller bearing, switch, equipment label, valve dan hexagon head bolt.
Untuk Electrical ada simbol2 seperti push button, mushroom head pushbutton, limit switch, pilot light, relay contact dan temperature switch.
Untuk Civil ada simbol2 seperti road section, road intersection, international speed limit, concrete pipe, manhole, bore, PVI, station dan parking.
Untuk Structure ada simbol2 seperti WF Beam, I Beam, Moment Connection, Splice, Elevation, Step Symbol dan Channel.
Macam mana? menarik tak feature AutoCAD untuk Tool Palletes ni. Cuma tak semua simbol ada, jadi anda kenalah lukis sendiri simbol yang takda tu ya.
Ada banyak lagi sebenarnya fungsi Tool Palletes & Dynamic Blocks ni, jika nak belajar lebih details lagi boleh langgan pakej Online Course AutoCAD kami ya. All the best!
Nazmi Ismail – Engineer, AutoCAD Trainer
Berminat nak belajar Online Course AutoCAD 2D, AutoCAD 3D dan Basic Inventor Modeling? Jom klik pada link dibawah ya 👇👇