Covid-19, ‘Awareness’ dan Generasi Baby Boomers, Gen X, Y & Z.

Share This Post

Salam & Apa Khabar Semua. Blog kali ni saya nak share topik berkaitan Health, Safety & Environment iaitu berkenaan kesedaran Covid-19 dan kaitannya dengan kelas2 generasi seperti baby boomers, gen x, y dan z.

Covid-19 adalah sejenis penyakit pernafasan terbaru yang disebabkan oleh family virus bernama Coronavirus yang kini sudah merebak ke seluruh pelusuk dunia. Pemimpin2 dunia sudah pun menyebarkan kesedaran, menguatkuasakan akta2 dan undang2 untuk menangani Covid-19 ni.

Peta dunia diatas menunjukkan negara2 yang sudah terkena jangkitan wabak Covid-19 di mana kes tertinggi dicatatkan oleh Amerika Syarikat, diikuti Italy, Sepanyol dan China. Virus ini tersebar dari sebuah kota bernama Wuhan di China ke 140 buah negara dalam masa hanya sebulan sahaja!

Okay jom kita ke masa selepas tamat perang dunia kedua. Pada masa ini, dunia sudah mula diwarnai dengan keamanan di mana berlaku banyak perkahwinan dan kelahiran bayi2. Sebab itu generasi yang lahir antara 1944-1964 dikenali sebagai baby boomers.

Kemudian diikuti generasi X yang lahir antara 1965-1979, generasi Y atau millenials antara 1980-1994 dan generasi Z pada 1995 hingga sekarang. Setiap kelas generasi sudah tentu dibentuk dan diacu dengan budaya, persekitaran, kesedaran, pendedahan, gaya dan corak pemikiran yang berbeza2.

Saya adalah contoh Gen Y yang lahir pada tahun 1994. Informasi2 dan ilmu2 yang saya pelajari adalah 60% dari internet dan 80% marketing untuk servis training & consultancy saya adalah menggunakan internet/social media.

Okay, jom kita tengok perbezaan keempat2 generasi ini dalam mendapatkan informasi:

  1. Baby Boomers: Masih bergantung pada televisyen, radio, surat khabar dan majalah. Tapi boleh dikatakan banyak yang sudah menggunakan aplikasi facebook dan wasap untuk berhubung dengan keluarga, saudara dan kawan2 lama.
  2. Gen X: Masih juga membaca surat khabar, tengok tv, dengar radio dan baca majalah2. Tapi dalam banyak2 generasi, generasi X ni lah yang paling banyak spend masa dengan facebook, perlu berhati2 supaya tidak menyebarkan berita palsu dan info2 yang tidak benar.
  3. Gen Y: Generasi ni biasanya memiliki pelbagai social media account seperti facebook, linkedin, wasap, twitter, insta, telegram, wechat, tik tok dan macam2 lagi lah, nak list mau sampai esok tak habis haha. Kebanyakan still menonton televisyen dalam 2-3 jam sehari dan ada juga layan Netflix. Lebih selesa guna phone untuk urusan seharian.
  4. Gen Z: Generasi ni biasanya dah berjinak dengan gadget2 dalam umur 4-7 tahun mcm tu. Dibesarkan dengan environment gadget2, mobile fons, tablets etc. Sebabtu sekarang kecik sudah pandai bermadah berhelah, bermadu cinta, jiwang2, maklumlah hyperconnected dengan pengguna2 gadget yang lain. Yang bagusnya pemikiran mereka lebih luas.

Haa amacam, faham ke faham apa yang saya cerita ni haha. Inshaallah faham la ye.

Di kesempatan ini nak share la sikit tentang penjagaan kesihatan sepanjang menghadapi musim wabak Covid19 ni, antaranya:

  1. Jaga kebersihan diri. Amalkan cuci tangan dengan sabun dan guna hand sanitizer.
  2. Jika keluar sentiasa pakai topeng muka, hand sanitizer dan tisu.
  3. Tutup mulut dan hidung jika batuk atau bersin. Basuh tangan serta merta.
  4. Elakkan tempat tumpuan orang ramai, jarakkan diri anda dengan orang lain sebanyak 1 meter. (Social Distancing bukan anti-social okay haha)
  5. Jika ada gejalan seperti batuk, demam, bersin atau sesak nafas sila dapatkan rawatan segera.

Sekian maklumat khidmat masyarakat dari saya. Assalamualaikum.

Nazmi Ismail – Penulis, Jurutera, Peniaga, Pensyarah

More To Explore

BIM

Building Information Modeling Service Provider

Kami menyediakan khidmat dan latihan untuk Building Information Modeling bagi projek swasta dan kerajaan. Projek yang kami terlibat untuk BIM: Pembinaan kilang pharmaceutical di Johor

Verified by MonsterInsights