Untuk tunjukkan kawasan cut & fill dalam Civil 3D, kita boleh gunakan Volumes Dashboard dan Elevation Analysis.
Kiraan cut & fill menggunakan Volumes Dashboard, manakala label kawasan cut & fill menggunakan Elevation Analysis.
Untuk label depth cut & fill pada earthworks plan menggunakan Spot Elevations on Grid di mana kawasan cut diwakili nombor negatif dan kawasan fill diwakili nombor positif.
Tidak perlu risau jika ketinggian finished surface berbeza2, sebab kita boleh set sahaja Elevation Analysis untuk TIN Volume Surface kepada 2 range sahaja.
Kawasan yang memiliki elevation kurang dari kosong (cut) dan lebih dari kosong (fill) akan diwakili dua warna yang berbeza.
Sebagai contoh gambar diatas saya setkan supaya kawasan cut berwama merah dan kawasan fil berwarna hijau.
Nazmi Ismail – BIM Enthusiat/Coordinator
Untuk faham lebih mendalam tentang Civil 3D untuk Land Survey dan Earthworks boleh sertai webinar kami.