Salam & Apa Khabar Semua. Blog kali ni saya nak share Cara Nak Jadi Kontraktor Berdaftar Dengan CIDB.
Kontraktor adalah individu atau syarikat yang menjalankan kerja2 servis atau menyediakan bahan2 secara kontrak.
Kontraktor pembinaan bertanggungjawab dalam membuat pengawasan di tapak pembinaan, menguruskan vendor2 dan supplier2, memberi maklumat dan berkomunikasi dengan semua pihak2/authority2 yang terlibat sepanjang projek pembinaan berlansung.
Untuk membuat kerja2 pembinaan di Malaysia, kontraktor perlulah berdaftar dengan CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia). Jika tidak akan didenda sebanyak RM10,000 sehingga RM100,000. Boleh bungkus weh.
CIDB sudah mengelaskan kontraktor2 kepada 7 gred iaitu:
- Kontraktor G1
- keupayaan menjalankan kerja tidak melebihi RM200,000
- Modal RM5000 atau RM10,000 untuk SPKK (Sijil Perolehan Kerja Kerajaan)
- Kontraktor G2
- keupayaan menjalankan kerja tidak melebihi RM500,000
- Modal RM25,000
- Kontraktor G3
- keupayaan menjalankan kerja tidak melebihi RM1 Juta
- Modal RM50,000
- Kontraktor G4
- keupayaan menjalankan kerja tidak melebihi RM3 Juta
- Modal RM150,000
- Kontraktor G5
- keupayaan menjalankan kerja tidak melebihi RM5 Juta
- Modal RM250,000
- Kontraktor G6
- keupayaan menjalankan kerja tidak melebihi RM10 Juta
- Modal RM500,000
- Kontraktor G7
- tiada had yang ditetapkan bagi jumlah keupayaan menjalankan kerja
- Modal RM750,000
SYARAT2 PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (PKK)
A. Pendaftaran Perniagaan
Kontraktor perlu berdaftar dengan mana2 Pendaftar Perniagaan Malaysia dibawah:
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia
- ROB – syarikat enterprise, pemilikan tunggal, perkongsian
- ROC – syarikat Sdn Bhd
- PLT – perkongsian liabiliti terhad
- Pendaftaran Perniagaan Sabah
- Pendaftaran Perniagaan Sarawak
- Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
- Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)
B. Pemohon
- Pemohon terdiri daripada salah seorang Pengarah / Pemilik/ Ahli Lembaga Pengarah / Ahli jawatankuasa tertinggi
- Seorang pemohon hanya dibenarkan memohon 1 pendaftaran untuk satu syarikat
C. Personel/Staff Teknikal
- Berikut adalah syarat2 personel atau staff teknikal untuk kontraktor kategori Bangunan, Kejuruteraan Awam, Mekanikal & Elektrikal:
- GI, G2, G3: Seorang pemegang sijil teknikal berkaitan pembinaan (jika ada)
- G4: Seorang pemegang diploma berkaitan pembinaan
- G5: Seorang pemegang diploma dengan minima 5 tahun pengalaman atau seorang pemegang ijazah dengan minima 1 tahun pengalaman (berkaitan pembinaan)
- G6: Seorang pemegang ijazah dan seorang pemegang diploma (salah seorang minima 3 tahun pengalaman berkaitan pembinaan)
- G7: 2 orang pemegang ijazah (salah seorang 5 tahun pengalaman dalam pembinaan) atau seorang pemegang ijazah dan seorang pemegang diploma (dua2 minima 5 tahun pengalaman dalam pembinaan)
Haaa amacam? Baru faham kan sekarang kenapa kalo nak apply kerja2 engineer mesti nak ada degree, diploma, pengalaman 1, 3 atau 5 tahun ya. Sebab itu adalah syarat untuk staff/personel kontraktor yang sudah ditetapkan CIDB.
Sebenarnya ada lagi perkara yang lain yang perlu anda sediakan seperti dokumen pendaftaran perniagaan, penyata kewangan syarikat, sijil2 teknikal dan lain2 lagi, itu anda boleh rujuk dalam website CIDB ya hehe.
Moga perkongsian saya kali ini bermanfaat untuk anda tidak kira anda kontraktor, engineer, architect, manager dan lain2 😊
Nazmi Ismail – Engineer, AutoCAD Trainer
Berminat nak belajar Online Course AutoCAD 2D, AutoCAD 3D dan Basic Inventor Modeling? Jom klik link dibawah 👇👇