Cara Nak Download AutoCAD, Revit, Inventor & Naviswork Percuma.

Share This Post

Assalamualaikum & Apa Khabar Semua! Dalam blog kali ni saya nak share kepada anda tentang Cara Nak Download Software AutoCAD, Revit, Inventor, Naviswork etc secara percuma daripada website Autodesk.

Firstly ada boleh pergi ke website Autodesk, atau nak senang anda boleh terus klik pada link yang saya share kat bawah ni ya 👇👇

Free Student Software Autodesk: https://www.autodesk.com/education/free-software/featured

Jika anda tengok banyak software2 yang anda boleh pilih untuk download, amacam? best kan? Nak lagi best korang boleh klik kat View all products, lagi banyak software2 free yang anda boleh explore.

Sebagai contoh anda nak download AutoCAD, jadi anda boleh klik pada AutoCAD dan anda akan direct kepada site seperti gambar dibawah.

Anda perlu create account anda terlebih dahulu, tapi jika anda sudah create account, anda boleh terus klik pada sign in. Jika anda tiada lagi account boleh klik pada create account dan akan direct kepada page seperti dibawah.

Boleh la letak negara Malaysia, Educational Role letak Student, maklumlah kita ni student for the life learning kan haha, dan institution type boleh letak university/post-secondary kemudian letaklah tarikh lahir korang okay! Then klik next.

Kemudian dia minta letak first name, last name, email, confirm email dan password, lepastu boleh tick kat I agree to bla bla bla tu dan klik pada create Account.

Lepastu dia minta anda letak nama university, bila graduate, bidang apa dan lain2 lagi, just fill in sahaja ya.

Dah selesai barulah anda akan direct kepada page dibawah dan boleh pilih version AutoCAD apa nak download, language etc…

Tu dia, skrang dah ada AutoCAD version 2021, lepastu just 64 bit je tau, dah takda dah 32 bit macam jaman2 dulu, lepastu jangan buat lawak pulak pi cari bahasa Melayu, takda, kena pilih English okay.

Lepastu klik kat Install Now and you can proceed to the download & installation step okay 👍👍

Nak lebih mudah anda juga boleh video youtube saya ni, saya demo kepada anda cara nak download AutoCAD percuma.

Cara Download AutoCAD dan software2 Autodesk secara percuma

Moga perkongsian saya bermanfaat untuk anda Inshaallah.

Berminat nak belajar AutoCAD 2D & 3D secara online? Jom ke website online courses kami dengan klik link dibawah

Online Courses: https://nfdesignengineering.com/onlinecourses/

Nazmi Ismail – Trainer, Autodesk Certified Professional: AutoCAD

More To Explore

BIM

Building Information Modeling Service Provider

Kami menyediakan khidmat dan latihan untuk Building Information Modeling bagi projek swasta dan kerajaan. Projek yang kami terlibat untuk BIM: Pembinaan kilang pharmaceutical di Johor

Verified by MonsterInsights