Cara Nak Daftar Graduate Engineer dengan BEM (Board of Engineers Malaysia)

Share This Post

Assalamualaikum & Apa Khabar Semua! Blog kali ni saya nak share cara nak daftar sebagai Graduate Engineer dengan BEM iaitu Board of Engineers Malaysia.

Siapa Yang Kena Register as Graduate Engineer ni??
– Anda2 yang dah graduate dalam ijazah sarjana muda dari mana2 bidang engineering yang accredited by BEM.

Boleh rujuk pada link ni ya: http://www.eac.org.my/web/

Macam Mana Cara Nak Daftar??
– Pergi ke website BEM, boleh register online (MyBEM Online Registeration System) atau secara manual dengan download Form A1 untuk register as graduate engineer
– Pastikan dokumen diisi lengkap sekali dengan salinan degree scroll, official trasncipts, kad pengenalan yang disahkan oleh Jurutera Professional
– Standby RM50 ya, boleh buat online payment atau check atau boleh bayar guna kad debit/credit
– Dah settle isi dokumen, boleh submit online, print dan tandatangan borang yang dah diisi dan hantar semua dokumen lengkap ke Pejabat BEM (Google Map kan ado Bosskur)

Boleh rujuk step2 pendaftaran pada link ni ya: http://www.bem.org.my/documents/20181/53256/MyBEM_FirstTime_GE.pdf/

Apa Akibatnya Tak Daftar as Graduate Engineer??
– Jadi seorang engineer yang tidak berdaftar secara undang2
– Ada certain company nak sijil Graduate Engineer ni
– Tak boleh proceed ke Route To Become Professional Engineer…huhu…

Cuba tengok ada nama saya MOHAMAD NAZMI BIN ISMAIL okay dalam senarai graduate engineer di website BEM 👍👍

Jadi anda perlu register ya untuk masa depan yang cerah dalam bidang engineering okay. Inshaallah…

Nazmi Ismail
Graduate Engineer BEM: Petroleum
Autodesk Certified Professional: AutoCAD

Online Courses: http://www.nfdesignengineering.com.my/onlinecourses

More To Explore

BIM

Building Information Modeling Service Provider

Kami menyediakan khidmat dan latihan untuk Building Information Modeling bagi projek swasta dan kerajaan. Projek yang kami terlibat untuk BIM: Pembinaan kilang pharmaceutical di Johor

7 thoughts on “Cara Nak Daftar Graduate Engineer dengan BEM (Board of Engineers Malaysia)”

  1. MAIZATUL NUR SYAFIQAH

    salam nazmi,,nk tnye.
    klau yg buat online kne pos pape ke kat Pejabat BEM?
    or just isi je maklumat online and proceed payment?

    1. Waalaikumsalam, itu saya tak pasti, boleh pergi ke website BEM untuk keterangan lanjut. Saya dulu register manual, by pos.

    2. Mohd Izzad Ismail

      Isi online n juga POS document yang telah di sign oleh jurutera professional sbgai bukti.

    3. Mohd nazmi bin muhammad adam

      Dh buat online kena pos documents tu sume dgn sekali pengesahan cop ir

    4. Mohd hilman omar

      Boleh saya nk tahu kelayakan atau Yang mempunyai experience atau tidak boleh memohon kursus

  2. Mustafa Alauddin Bin Abdul Rahman

    Assalamualaikum, kalau original transcript dah tak ada, pakai original degree sahaja tak boleh ke?

  3. Kalo graduate as elec engr tp xkeje dlm kos y graduate tu masih boleh daftar ke ? Ke xperlu daftar?

Comments are closed.

Verified by MonsterInsights