Building Information Modelling: Pengenalan

Share This Post

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua! 

Artikel hari ini kita akan membincangkan tentang perkara yang sedang meningkat naik dalam dunia industri pembinaan iaitu Building Information Modelling atau BIM.

BIM merupakan teknologi pemodelan dan satu set proses berkait untuk menghasilkan, komunikasi, analisis dan penggunaan informasi daripada model digital sepanjang kitar hidup projek pembinaan dari rekabentuk, bina dan operasi atau Design, Build and Operate.

Objektif BIM (BIM Objectives)

Objektif-objektif utama BIM terutamanya bagi projek kerajaan atau JKR termasuk:

a) Mempercepatkan anggaran kuantiti kerja tanah (Site Estimating).
b) Memudahcara kajian rekabentuk (Design Review/Analysis).
c) Meyakinkan pelanggan melalui visual (3D Visualisation).
d) Mengurangkan dan menyelesaikan percanggahan rekabentuk dengan efisien (Design Clash/Coordination).
e) Penjanaan dokumentasi lukisan dengan pantas dan cekap ( Project Documentation).
f) Membantu merangka dan menetapkan jadual kerja pembinaan (Work Planning).
g) Pengurusan data aset dan fasiliti ( Facilities Management).
h) Membantu pengukuran kuantiti (Quantity Estimating).

Tahap Pelaksanaan BIM (BIM Maturity Level)

Tahap Pelaksanaan BIM dibahagikan kepada beberapa peringkat untuk sesebuah projek bergantung kepada kapasiti atau objektif sesebuah projek. Peringkat ini menggunakan istilah BIM Maturity Level yang dikira dari Level 0 – Level 3.

BIM Level 0 (Conventional)

      • Manual menggunakan 2D dan berasaskan fail CAD konvensional (2D atau 3D tanpa parametrik).

      • Proses yang berasingan dan terpencil di dalam setiap disiplin kerja samada sesama (intra-) atau antara (inter-) disiplin yang berlainan.

      • Garis masa penggunaan sekitar dari sebelum 2016 dan ada lagi yang masih menggunakan kaedah ini sekarang. (tahun berdasarkan negara Malaysia khususnya).

BIM Level 1 (Modelling)

      • Penggunaan perisian atau software pemodelan 3D berasaskan objek sebenar di dalam setiap sesama (intra-) disiplin kerja untuk sesebuah projek.

      • Proses melibatkan kerjasama sesama (intra-) disiplin kerja sahaja berasaskan fail CAD berkaitan masing-masing menggunakan perisian dan model dalam satu pasukan disiplin. Tiada perkongsian model (link) antara (inter-) disiplin kerja yang lain.

      • Bermula dari 2016 – kini.

BIM Level 2 (Collaboration)

      • Penggunaan perisian atau software pemodelan 3D berasaskan objek sebenar antara (inter-) disiplin kerja untuk sesebuah projek.

      • Proses melibatkan kerjasama antara (inter-) disiplin kerja menggunakan perisian dan model dalam setiap disiplin projek.

      • Berlaku perkongsian model (link files) antara disiplin kerja dengan menggunakan platform yang sama atau tertentu.

      • Bermula dari 2016 – kini.

BIM Level 3 (Integration)

      • Proses yang sama seperti Level 2 tetapi ditambah baik proses dengan menggunakan rangkaian (network) yang sama atau platform cloud server berpusat dalam proses mengintegrasikan setiap model untuk sesebuah projek.

      • Setiap informasi akan dikemaskini secara automatik di dalam talian atau rangkaian untuk memudahkan proses koordinasi dan kerjasama antara disiplin dan juga penggunaan sumber informasi yang seragam untuk semua yang terlibat dalam sesebuah projek.

      • Sasaran untuk 2020 dan tahun seterusnya.

Ciri-ciri Projek BIM (BIM Project Attributes)

Ciri-ciri Projek BIM dapat ditentukan melalui beberapa kriteria pelaksanaan. Antaranya adalah:

Single file concept –  Segala informasi disimpan dan dimasukkan di dalam satu model digital berkongsi (central model) untuk memudahkan proses kolaborasi dan rujukan setiap pihak.

Intelligent Building Components –  Setiap komponen digital mempunyai informasi di dalam bentuk digital untuk memudahkan perkongsian data sesama ahli projek. (No papers).

Decision making tools –  Setiap perubahan terhadap model mudah dan dapat dikesan dan digambarkan (visualise) supaya keputusan dapat dilakukan dan mesej penyelesaian diterima oleh setiap ahli projek (Objektif utama BIM!)

Automated generation and updating –  Dokumentasi projek berlaku secara automatik berdasarkan perubahan kemaskini projek tanpa perlu membuat satu dokumentasi yang baru.

Building information data – Setiap komponen digital mempunyai informasi untuk membantu proses pembinaan seperti bahan, saiz, kedudukan, dan sebagainya ( Paling penting! ).

Seterusnya faedah utama penggunaan BIM adalah:

a) Rekabentuk model dapat dipersembahkan secara 3D
b) Rekabentuk di antara semua disiplin dapat dikolaborasi dan dikoordinasi dengan lebih berkesan serta dapat mengurangkan konflik pada peringkat awal kitar hayat projek
c) Simulasi pembinaan dapat dijalankan bagi tujuan verifikasi jadual kerja pembinaan
d) Anggaran kos awalan projek dapat dihasilkan melalui integrasi di antara model dan kos
e) Informasi model dapat dikongsi bersama dengan pemilik bangunan selepas pembinaan siap di mana rekod ini digunakan bagi tujuan operasi dan penyenggaraan bangunan
f) Meningkatkan sistem penyampaian projek berintegrasi

Akhir kata, secara umumnya BIM di Malaysia masih di peringkat awal pertumbuhan terutama dari segi pelaksanaan dan pengurusan di mana setiap pemegang taruh masih ada yang belum memahami apa itu BIM walaupun kita sudah di landasan akhir Construction Industry Transformation Program (CITP) 2016-2020. Harapan penulis adalah agar tahun 2020 dan seterusnya kita lebih memahami apa yang perlu dan apa yang tidak perlu di dalam BIM untuk memastikan pelaksanaan BIM tidak rumit.

“Technology itself is simple. But the people that tends to make it complicated”

Untuk belajar lebih detail tentang macam-macam teknologi perisian pembinaan jom ke website online courses kami dengan klik link dibawah👇👇👇

 https://nfdesignengineering.com/onlinecourses/

Sekian dari saya.

Sumber rujukan:

  1. https://mybim.cidb.gov.my/

  2. Garis Panduan BIM JKR Edisi 2014.

More To Explore

BIM

Building Information Modeling Service Provider

Kami menyediakan khidmat dan latihan untuk Building Information Modeling bagi projek swasta dan kerajaan. Projek yang kami terlibat untuk BIM: Pembinaan kilang pharmaceutical di Johor

Verified by MonsterInsights