Beza Oil Refinery Plant dan Petrochemical Plant

Share This Post

Oil Refinery Plant dan Petrochemical Plant berada dalam sektor ‘downstream’ untuk Industri Oil & Gas. Senang cerita dalam Malaysia ni terletak kat darat atau onshore.

Oil Refinery Plant dalam bahasa melayu disebut sebagai Loji Penapisan Minyak manakala Petrochemical Plant disebut sebagai Loji Petrokimia.

Jom saya nak share tentang perbezaan kedua2 Oil Refinery dan Petrochemical ni ya…

Oil Refining Process adalah proses untuk pecahkan minyak mentah kepada produk2 petroleum seperti bottled gas, petrol, naphtha, kerosene, diesel, lubricants, fuel oil dan bitumen.

Petrochemical Process pula adalah proses untuk menukarkan minyak mentah dan cecair gas asli kepada produk2 kimia yang digunakan untuk buat plastik, gel, barang2 kesihatan, farmasi, elektronik, racun serangga, pelarut, roofing materials lain2.

Okay kita go thru dulu tentang Oil Refining Process

Oil Refining Process secara asasnya terdiri daripada proses2 seperti:

-distillation

-cracking

-reforming

-treating

-blending.

Minyak mentah dipanaskan terlebih dahulu menjadi wap dan masuk dalam distillation tower.

Dalam distillation tower ni, wap minyak mentah tersebut mula untuk terpecah kepada komponen2 kimia petroleum mengikut berat dan boiling point masing2.

Komponen petroleum yang ringan dan boiling point rendah seperti Liquified Petroleum Gas dan Petrol naik keatas distillation column.Komponen yang lebih berat dan boiling point lebih tinggi berada di tengah distillation column contoh seperti naphtha, kerosene, diesel, lubricants dan fuel oil.Manakala komponen petroleum paling berat dan paling tinggi boiling point berada paling bawah distillation column seperti bitumen atau asphalt, yang tar orang guna turap jalan tu.

Cracking pula untuk tukarkan cecair petroleum yang lebih berat kepada cecair petroleum yang lebih ringan contoh macam petrol.Ini kerana petrol merupakan produk petroleum yang mendapat permintaan tinggi.Biasanya cracking melibatkan catalyst untuk cepatkan proses menukarkan cecair petroleum berat kepada cecair petroleum ringan.

Reforming pula untuk tingkatkan kualiti dan isipadu petrol yang dihasilkan ketika proses penapisan.Dengan menggunakan catalyst, bahan2 petroleum ditukarkan menjadi aromatics dan isomers yang memiliki nilai ‘octane’ yang tinggi berbanding paraffin dan napthenes.Reforming menyusun molekul naphtha untuk hasilkan molekul petrol. Reforming juga hasilkan ‘reformate’ yang diperlukan untuk tingkatkan nilai ‘octane’ atau RON pada bahan2 bakar kenderaan.

Treating pula untuk singkirkan sulfur, nitrogen dan heavy metals yang mencemarkan bahan bakar.

Blending pula untuk hasilkan pelbagai gred bahan bakar dengan cara adunkan bahan bakar dengan pecahan2 petroleum lain seperti reformate, alkylate, catalytic cracked petrol dan lain2.Additives seperti octane enhancers, metal deactivators, anti-oxidants, anti-knock agents, rust inhibitors atau detergent juga dicampurkan sekali dengan bahan bakar.

Antara contoh syarikat Oil Refinery di Malaysia adalah:

-Petronas Penapisan (Terengganu) Sdn Bhd,

-Petronas Penapisan (Melaka) Sdn Bhd,

-Malaysia Refining Company Sdn Bhd,

-Shell Refining Company (FOM) Bhd

-Esso (Malaysia) Bhd.

Okay, sekarang kita go thru tentang Petrochemical Process

Feedstock untuk proses Petrochemical datang daripada Oil Refinery Plant dan Gas Processing Plant.

Petrochemical secara asasnya dibahagi kepada dua kelas iaitu:

-olefins

-aromatics.

Olefins dan aromatics dihasilkan ketika oil refining melalui process fluid catalytic cracking untuk komponen2 petroleum.

Olefins seperti butadiene, ethylene dan propylene dihasilkan daripada NGL iaitu Natural Gas Liquids dari Gas Processing Plant melalui proses steam cracking.

Aromatics seperti benzene, toluene dan xylene isomers dihasilkan daripada Naphtha dari Oil Refining Plant melalui proses catalytic reforming.

Olefin dan aromatics diperlukan sebagai bahan asas untuk hasilkan pelarut, bahan pencuci dan pelekat.Olefins juga adalah asas untuk polymers dan oligomers yang digunakan dalam plastik, resin, gentian, elastomer, pelincir dan gel.

Antara contoh syarikat Petrochemical kat Malaysia ni adalah:

-PETRONAS Chemicals Group Berhad

-Lotte Chemical Titan (M) Sdn. Bhd

-BASF PETRONAS Chemical Sdn. Bhd

-Toray Group, Kaneka Group

-Idemitsu.

Nazmi Ismail – Jurutera, Pengajar, Penulis

Online Course: https://nfdesignengineering.com/onlinecourses

More To Explore

BIM

Building Information Modeling Service Provider

Kami menyediakan khidmat dan latihan untuk Building Information Modeling bagi projek swasta dan kerajaan. Projek yang kami terlibat untuk BIM: Pembinaan kilang pharmaceutical di Johor

Verified by MonsterInsights