Autodesk Certified Professional Examination Malaysia

Share This Post

Assalamualaikum wbt & apa khabar sahabat2 sekalian. Blog kali ni nak cerita sikit pasal pengalaman menduduki Autodesk Certified Professional Examination untuk AutoCAD software.

Saya sudah memiliki 4 tahun pengalaman dalam AutoCAD membuat lukisan pelan 2D dan juga 3D Modeling. Jadi saya tekad untuk dapatkan Autodesk Certified Professional ni.

Okay saya nak tunjuk sikit syarat2 yang diperlukan untuk mengambil Autodesk Certified Professional ni. Perlu tahu menggunakan AutoCAD version 2015 and above adalah syarat utama.

Gambar kat atas bgtau cara2 untuk dapatkan Autodesk Certified Professional: AutoCAD ni.

Haaa… Yang ni pula antara skills2 atau teknik2 AutoCAD yang perlu anda kuasai. Tak tahu jgn risau, boleh belajar, pape roger saya haha gurauuu.

Saya juga ada attend personal coaching dengan Trainer Autodesk, nama dia Kak Arina, alhamdulillah dia byk juga guide sy utk pass examination ni.

Practice make perfect! Saya memang practice habis habisan lah, sbb semangat punya pasal haha😂😂😂

Saya ambil exam ni dkt Prestariang System Sdn Bhd, Autodesk Authorized Training Center kt Cyberjaya. Pagi tu pekena teh tarik mamak dulu bohh.

Kemudian saya pun sit lah exam tu selama 2 jam sambil diawasai oleh pengawas peperiksaan. Tu dia dah macam ambik SPM dah Gaya haha. Sy pun jawab dengan penuh ketekunan & dedikasi.

Exam dia kena baca instructions kt kertas soalan, then practice kt AutoCAD software, then key in jawapan dalam kertas soalan tu. Yeayyy, finally sy berjaya tamatkan exam dengan cemerlang!!!

Jadi inilah result AutoCAD Certified Professional saya, alhamdulillah dapat full mark yeayyy!!! Hasil after practice jawab soalan contoh exam lebih sepuluh kali haha😂

Lepas tu, sy juga dapat Certificate drpd Autodesk, as Autodesk Certified Professional: AutoCAD® yang ditandatangani oleh CEO Autodesk.

Jadi boleh lah saya letak kat profile, sijil, resume or business card saya Autodeks Certified Professional ni. Baru highly marketability kat Industry dan juga di arena AutoCAD Training & Consultancy as Professional Trainer.

https://www.youracclaim.com/badges/07fc6b08-1490-44be-b434-c9e25cf27a2b/facebook

Boleh klik pada link diatas untuk go through sy punya Autodesk Certified Professionals. Insha’Allah lepas ni bole buat untuk Revit & SOLIDWORKS pula aminn.

Jadi kesimpulannya, jangan pernah putus asa dalam mengejar impian kita. Benda baik yang kita nak, pasti akan dapat, jd sy wish All The Best for you all👍 Goodluck!!!

Nak belajar lebih details AutoCAD secara online? Jom klik link website dibawah okay 👇👇

www.nfdesignengineering.com.my/onlinecourses

NAZMI ISMAIL
AUTOCAD 2D & 3D TRAINER
AUTODESK CERTIFIED PROFESSIONAL
https://nfdesignengineering.com/onlinecourses/

More To Explore

BIM

Building Information Modeling Service Provider

Kami menyediakan khidmat dan latihan untuk Building Information Modeling bagi projek swasta dan kerajaan. Projek yang kami terlibat untuk BIM: Pembinaan kilang pharmaceutical di Johor

Verified by MonsterInsights