Apakah itu Scroll Compressor?

Share This Post

Okay, pernah ke dengar ‘Scroll Compressor’?

Boleh stop kejap scroll fesbuk tu hehe, jom baca penerangan tentang scroll compressor dibawah ya…

Compressor adalah alat mekanikal berfungsi untuk memberi tekanan pada gas supaya boleh diangkut dalam paip.

Compressor terbahagi kepada dua iaitu Positive Displacement dan Dynamic.

Bawah kategori Positive Displacement Compressor ada Rotary dan Reciprocating.

Jadi scroll compressor duduk di bawah kategori Rotary Positive Displacement Compressor okay!

Scroll compressor terdiri daripada 2 komponen utama iaitu fixed scroll dan orbiting scroll.

Kedua2 komponen ini diacu menjadi bentuk lingkaran bulatan, nampak macam bentuk ubat nyamuk fumakila pun ada kan haha

Fixed scroll tidak bergerak, manakala orbiting scroll digerakkan secara orbit oleh ‘drive motor’ di sekitar fixed scroll di mana gerakan ini menyebabkan gas dari inlet disedut masuk.

Gas tersebut terperangkap dalam poket di antara dua scroll tersebut, di mana gerakan secara orbit oleh orbiting scroll tersebut membawa gas tersebut ke tengah lalu mengurangkan isipadu gas dan memampatkan gas tersebut.

Gas yang dimampatkan atau ditekankan tersebut tiba ke tengah dan keluar melalui discharge port.

Compressor ini juga antara compressor yang beroperasi dengan lebih senyap.

Scroll compressor ni banyak digunakan untuk refrigeration.

Digunakan untuk pendingin hawa, peti ais dan lain2 lagi.

Nazmi Ismail – Jurutera, Pengajar, Penulis

Online Course: https://nfdesignengineering.com/onlinecourses

More To Explore

BIM

Building Information Modeling Service Provider

Kami menyediakan khidmat dan latihan untuk Building Information Modeling bagi projek swasta dan kerajaan. Projek yang kami terlibat untuk BIM: Pembinaan kilang pharmaceutical di Johor

Verified by MonsterInsights