Salam & Apa Khabar Semua. Blog kali ni saya nak share tentang apakah itu MITI atau Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ni okay.
Misi MITI adalah untuk menarik pelaburan yang berkualiti dan menginovasikan aktiviti2 industri bagi menghasilkan produk dan servis yang bermutu tinggi serta menaikkan kebolehsaingan Malaysia setanding dengan negara2 yang hebat dalam bidang perdagangan/perindustrian.
Dalam erti kata lain mereka inilah yang berperanan menaiktaraf sektor2 perindustrian di Malaysia ini supaya ekonomi Malaysia sentiasa bertambah baik.
ANTARA JENIS2 INDUSTRI DI MALAYSIA
Pertanian, pembalakan, perlombongan dan perikanan seperti:
- Minyak dan Gas, bijih timah, emas, arang batu
- Kelapa Sawit, getah, padi
- Perabot, kayu kayan
- Penangkapan ikan, akuakultur
Perkilangan atau manufacturing seperti:
- Kilang Perodua, Proton, Tan Chong
- Kilang makanan – Nestle, Adabi, Kellogs, Halagel (#BMF la sikit)
- Kilang perkakas elektrik dan elektronik
- Kilang paip, pump, besi, plastik dll
Perkhidmatan dan pengangkutan seperti:
- Institusi perbankan, kredit, kewangan
- Kontraktor pembinaan, pembersihan, sisa buangan
- Perunding, kejuruteraan
- Klinik dan hospital
- Pengangkutan – KTM, RapidKL
IT, Bio-Teknologi dan Nanoteknologi seperti:
- Iphone, Samsung, Lenovo, ASUS
- Digital Mall, Lowyat
- Pusat penyelidikan, makmal sains
- Pengilangan, tenaga alternatif, biobahan
Melibatkan kepakaran khusus seperti kejuruteraan, teknologi, perubatan, pemakanan dan lain2.
ANTARA SUMBANGAN2 MITI DALAM TRANSFORMASI INDUSTRI
Fourth Industrial Revolution (4IR) untuk menggerakkan transformasi digital berkaitan perkilangan dan sektor2 servis di Malaysia.
National Automotive Policy 2020 atau NAP 2020 untuk menaikkan industri otomotif malaysia kearah transformasi digital industri.
National eCommerce Council (NEEC) untuk mengembangkan eCommerce di Malaysia iaitu melibatkan pembelian atau transaksi secara dalam talian (online).
NAICO iaitu National Aerospace Industry Coordinating Office untuk menguatkan keupayaan dan kapasiti industri aeroangkasa Malaysia dengan bertindak sebagai pusat hubungan antara pemain industri, badan2 dan agensi2 kerajaan berserta akademik.
Pembangunan Industri Pembuatan
Pembangunan sektor2 perkhidmatan seperti:
A. PERNIAGAAN
- Perkhidmatan Professional
- Legal
- Accounting, Auditing, Bookkeeping & Taxation Services
- Arkitek
- Kejuruteraan
- Komputer dan servis2 berkaitan
- R&D, Research & Development
- Real Estate, Hartanah
- Sewa dan pajak tanpa pengendali
- Lain2 seperti pengiklanan, perunding pengurusan dll
B. KOMUNIKASI
C. PEMBINAAN & KEJURUTERAAN BERKAITAN
D. PENGAGIHAN BEKALAN
E. PENDIDIKAN
F. PERSEKITARAN
G. KESIHATAN & SOSIAL
H. PELANCONGAN & PERSIARAN
I. PENGANGKUTAN
Insentif pelaburan untuk sektor2 ekonomi.
Pelaburan di Malaysia
Custom (Prohibition of Imports) Order for Selected Construction Materials
List of Promoted Activities & Products
Malaysia and The United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC)
Fuhh banyak nak cerita tentang MITI ni, jadi hopefully anda faham ya tentang peranan MITI dalam memantapkan sektor2 ekonomi seterusnya menaikkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) Malaysia.
Nazmi Ismail – Engineer, AutoCAD Trainer
Berminat nak belajar Online Course AutoCAD 2D, AutoCAD 3D dan Basic Inventor Modeling? Jom klik link dibawah 👇👇