Apa Teknik2 Yang Anda Belajar Dalam AutoCAD Online Courses 3 in 1 Kami?

Share This Post

Salam & Apa Khabar Semua! Blog kali ni saya nak share tentang Online Course AutoCAD 3 in 1 kami. Apa teknik2 yang akan anda pelajari bersama saya, Nazmi Ismail Autodesk Certified Professional: AutoCAD juga merupakan Mechanical Engineer dan Draftsman.

Antara topik2 yang saya ajar dalam AutoCAD Online Course 3 in 1 ni adalah:

AUTOCAD 2D ESSENTIAL

  1. Pengenalan kepada AutoCAD 2D
  2. Floor Plan & Electrical Drafting
  3. Piping Schematic Diagram
  4. Isometric Drafting
  5. Create Title Block Template (Documentation)

AUTOCAD 3D ESSENTIAL

  1. Pengenalan kepada AutoCAD 3D
  2. 3D Mechanical Pipe Modeling & Detailed Drawing
  3. 3D House Modeling & Perspective Views
  4. 3D Interior Wall Lamp Modeling & Rendering

AUTOCAD & INVENTOR BASIC COMBO PACKAGE

  1. AutoCAD: Floor Plan & Electrical Drafting
  2. AutoCAD: Isometric Drafting
  3. AutoCAD: 3D Modeling Practices #1
  4. AutoCAD: 3D Modeling Practices #2
  5. Inventor: 3D Mounting Block Modeling
  6. Inventor: 3D Link Bracket Modeling
  7. Inventor: 3D Holding Bracket Modeling
  8. Inventor: 3D Cable Carrier Block Modeling
  9. Inventor: 3D Pipe Bracket Modeling

Alright, jom kita go thru apa teknik yang anda akan belajar dalam pakej AutoCAD 3 in 1 Online Course kami ni.

FLOOR PLAN & ELECTRICAL DRAFTING

Untuk topik Floor Plan & Electrical Drafting ni, saya akan ajarkan kepada anda teknik2 seperti draw with accuracy, organize objects, cara guna commands untuk draw & modify, tool palletes, dynamic block, cara label & setting dimension berserta plotting atau documentation.

Draw with accuracy bermaksud kita buat lukisan dengan point yang tepat, sudut yang tepat dan kemas. Anda akan diajar cara guna polar tracking, orthomode, object snap dan tracking techniques.

Antara command2 draw yang akan dipraktiskan adalah line, polyline, spline, circle, rectangle, arc dan hatch (lorekan/pattern). Command2 modify adalah move, copy, rotate, mirror, array, extend, trim, offset dan erase/delete. Kita akan praktis command2 ni dari buat wall, door, window, furniture dan column.

Anda juga akan belajar teknik2 rare seperti tool palletes dan dynamic block yang dapat memudahkan dan mempercepatkan proses membuat lukisan.

Lastly anda diajar cara label dan setting dimension kemudian disusuli dengan cara membuat dokumentasi lukisan projek menggunakan title block templates.

PIPING SCHEMATIC DIAGRAM/DRAFTING (P&ID)

Untuk lukisan Piping Schematic atau Piping & Instrumentation Diagram (P&ID) ni anda akan diajar cara menggunakan multileader untuk label flow direction, buat label instrumentation, cara ubah linetype, cara lukis simbol valve dan teknik attribute definition dalam block editor.

Antara command2 yang digunakan adalah multileader, multileader styles, circle, line, block, insert, attribute definition, block editor dan macam2 lagi.

ISOMETRIC DRAFTING

Lukisan Isometric biasa digunakan dalam membuat piping route dan mechanical design. Dalam topik ni anda akan diajar cara membuat bentuk tangki isometric, bulatan isometric, labeling & dimensioning secara isometric. Anda juga dapat memahami isoplane seperti isometric top, left dan right.

CREATE TITLE BLOCK TEMPLATES

Title block templates digunakan untuk tujuan dokumentasi lukisan projek. Setelah selesai membuat drawing, kita akan insert drawing ke dalam title block menggunakan viewport (untuk lukisan 2D), menggunakan base (untuk lukisan 3D) dan mendapatkan scaling yang tepat.

Anda akan diajar cara melukis title block terlebih dahulu, kemudian set paper/layout kepada saiz A3 atau A4 atau any size, copy n paste drawing title block ke dalam paper layout dan akhir sekali save as drawing template.

3D MECHANICAL PIPE MODELING & DETAILED DRAWING

Untuk topik 3D Mechanical Pipe Modeling & Detailed Drawing ni, anda akan diajar menggunakan feature2 asas 3D Modeling AutoCAD seperti Sweep, Shell, Extrude, Presspull, Chamferedge dan Union.

Step2 untuk 3D Pipe Modeling ni adalah membuat 2D Drafting, 3D Modeling, Setting Sistem Coordinate 3D dan 3D Editing.

Setelah selesai membuat 3D Pipe Modeling, kita hasilkan detailed drawing pula dengan menggunakan title block templates. Kita hasilkan front view, cross section view, detail view, right view, isometric view kemudian buat labeling menggunakan text, dimension dan multileader.

3D HOUSE MODELING & PERSPECTIVE VIEWS

Dalam topik 3D House Modeling ni anda akan diajar menggunakan command2 3D seperti Polysolid, Extrude, Subtract, Box, Taper Angle dan Solid Editing.

Kemudian kita akan hasilkan pandangan perspective menggunakan features camera.

3D INTERIOR WALL LAMP MODELING & RENDERING

Dalam 3D Interior Wall Lamp Modeling & Rendering ni anda diajar menggunakan features seperti Polyline, Revolve, Extrude, Sweep, Setting Sistem Coordinates 3D, Apply Materials, 3D Visualisation dan Rendering.

Gambar diatas menunjukkan Rendered 3D Interior Wall Lamp Modeling.

AUTODESK INVENTOR BASIC 3D MODELING (BONUS!!!)

Pakej Bonus Autodesk Inventor kami mengajarkan kepada anda teknik2 asas 3D Modeling menggunakan software Inventor, iaitu software untuk mechanical design.

INVENTOR: 3D MOUNTING BLOCK MODELING

INVENTOR: 3D LINK BRACKET MODELING

INVENTOR: 3D HOLDING BRACKET MODELING

INVENTOR: 3D CABLE CARRIER BLOCK MODELING

INVENTOR: 3D PIPE BRACKET MODELING

Antara features2 Autodesk Inventor yang diajar adalah Sketch, Extrude, Revolve, Sweep, Hole, Fillet, Chamfer, Shell, Plane, Array, Mirror dan Slice Graphic.

Inshaallah, moga apa yang saya ajarkan untuk anda semua dalam pakej AutoCAD 3 in 1 Online Courses memberi banyak manfaat untuk kerjaya dan juga masa hadapan anda. Aminn…

Berminat nak dapatkan AutoCAD 3 in 1 Online Course kami? Jom klik pada link/gambar dibawah 👇👇

https://nfdesignengineering.com/product/autocad-3-in-1-package/
AutoCAD 2D + AutoCAD 3D + Inventor (BONUS)

NAZMI ISMAIL – Trainer, Autodesk Certified Professional: AutoCAD

More To Explore

BIM

Building Information Modeling Service Provider

Kami menyediakan khidmat dan latihan untuk Building Information Modeling bagi projek swasta dan kerajaan. Projek yang kami terlibat untuk BIM: Pembinaan kilang pharmaceutical di Johor

3 thoughts on “Apa Teknik2 Yang Anda Belajar Dalam AutoCAD Online Courses 3 in 1 Kami?”

Comments are closed.

Verified by MonsterInsights