TIGA SOFTWARE UTAMA DALAM PROSES PEMBUATAN CAD/ CAM DAN CNC MACHINE

Share This Post

Assalamualaikum dan selamat pagi semua semoga anda semua dalam keadaan baik sihat dan sejahtera sahaja ya…Okey di kesempatan pada  kali ini saya nak menerangkan di Blog saya iaitu “Software Cad / Cam dan Cnc Machine” yang kebiasaanya selalu digunapakai dalam proses manufacturing teruma industri-industri besar.

Dalam operasi kerja-kerja CNC sebenarya perlu ada 3 jenis software kebiasaan digunapakai untuk mempercepatkan proses tak kiralah sama ada proses tersebut senang ‘Simple’ ataupun susah ‘Complicate’ iaitu Software CAD (Example: Catia ,Autodesk Inventor,Mastercam dan lain-lain.Manakala untuk Software CAM (Example: Catia Advaced Machining,Prismatis Machining,Surface Machining (Mesin Milling) dan Lathe Maching (Mesin turning) dan untuk Software CNC machine (Example:Mach3,LinuxCNC,SolidCAM dan lain-lain lagi.

1.SOFTWARE CAD

Software CAD (Computer Aided Design) adalah software yang digunakan untuk membina sesuatu bentuk ciptaan 3D Modelling yang tersendiri bergantung kepada jenis material yang akan digunakan sebagai benda kerja.Software CAD boleh dikategorikan bermacam-macam jenis dan salah satu yang agak popular adalah Software AutoCAD dan untuk modelling kebiasaanya software Catia,Inventor dan lain-lain.Dalam sistem proses kerja CNC jenis design yang dibina adalah VECTOR.File Design disimpan dalam format DXF untuk memudahkan proses machining simulation dibuat.

2.SOFTWARE CAM

Software CAM (Computer Aided Manufacturing) adalah software yang berfungsi untuk mensimulasikan  3D Modelling yang dihasilkan oleh CAD kedalam GCODE dan MCODE.Software CAM yang digunakan MPI untuk mesin router atau Milling CNC adalah RhinoCAM dan ArtCAM,SolidCAM dan banyak lagi.Selain itu untuk mesin cnc plasma biasa digunakan adalah SheetCAM.Pada software CAM disini kita akan menetukan parameter step by step pergerakan proses manufacturing dan setup tool (jenis-jenis mata alat  yang digunakan untuk pemprosesan pembuatan) berserta Axis yang akan digunakan untuk mentukan halatuju tool semasa proses bermula.

Gambar 2:Setup Simulation Machining Catia

3.SOFTWARE CNC

Software CNC adalah software yang digunakan untuk menterjemahkan bahasa GCODE dan MCODE untuk pergerakan yang sebenar di dalam mesin.Proses kerja-kerja pembuatan  di dalam mesin sama seperti didalam simulation yang ditetapkan diatas tadi.Untuk OS Window yang kebiasaan software yang digunakan adalah HEIDENHAIN iTNC530 (340494).

Untuk lebih faham anda boleh melihat video imbasan ketiga-tiga fungsi yang digunakan seperti yang dinyatakan diatas tadi dalam video dibawah.

Video:Cad / Cam dan proses pembuatan

Berminat nak belajar Online Course AutoCAD 2D, AutoCAD 3D dan Basic Inventor Modeling? Jom klik link dibawah 👇👇

https://nfdesignengineering.com/product/autocad-3-in-1-package?fbclid=IwAR14VxKjK1mJ-mqaZAJPECe2bi0cz25X2pDEbyZxCWM610tVqGZmB72QYEk

More To Explore

BIM

Building Information Modeling Service Provider

Kami menyediakan khidmat dan latihan untuk Building Information Modeling bagi projek swasta dan kerajaan. Projek yang kami terlibat untuk BIM: Pembinaan kilang pharmaceutical di Johor

Verified by MonsterInsights