Dalam sistem paip, tujuan Strainer dipasang adalah untuk memerangkap pepejal2 dan serpihan2 yang terdapat dalam cecair atau gas.\
Ini kerana pepejal2 atau serpihan2 tersebut boleh merosakkan alat2 mekanikal seperti pump, valves, meters dan lain2 pada paip.
Sebagai contoh serpihan2 yang terdapat dalam cecair boleh merosakkan Impeller pada pump
Dengan adanya Strainer ni cecair atau gas yang melalui paip tersebut boleh dibersihkan dari pepejal2 atau serpihan2 tersebut.
Lalu mengurangkan kerosakan alat2 mekanikal yang terletak pada bahagian paip selepas Strainer tersebut.
Dipanggil Y-Strainer kerana ia berbentuk Y, di mana terdapat bahagian tapisan di antara inlet dan outlet Strainer yang melencong dari arah aliran.
Bahagian tapisan atau straining area ini biasanya terdapat wire mesh atau jaringan dawai berfungsi memerangkap serpihan2 pepejal dalam cecair.
Bila cecair atau gas lalu pada wire mesh tersebut, maka serpihan2 pepejal tidak dapat keluar melepasinya, hanya cecair atau gas sahaja
Jika dilihat pada hujung bahagian tapisan tersebut, terdapat bonnet yang boleh dibuka bertujuan untuk kerja pembersihan bagi membuang sampah2 pepejal dalam Strainer.
Cara untuk membersihkan adalah perlu tutup dahulu valves pada kedua2 belah Strainer, kemudian diikuti dengan membuka bonnet.
Pemilihan penapis perlulah betul, jika lubang2 penapis terlalu kecil maka boleh berlaku high pressure drop antara inlet dan outlet.Jika lubang2 penapis terlalu besar pula maka serpihan2 pepejal boleh terlepas lalu merosakkan alat2 mekanikal pada paip.
Kegunaan Y-Strainer sesuai untuk steam, cecair dan natural gas di mana keperluan proses adalah untuk memastikan aliran bersih dari pepejal2 atau serpihan2.
Contoh untuk aliran cecair biasanya terdapat pasir2 dan batu2.
– Nazmi Ismail –