Pengenalan Kepada Oil & Gas: Upstream, Midstream & Downstream

Share This Post

Salam dan Apa Khabar semua. Blog kali ni nak share tentang 3 sektor dalam industri minyak dan gas iaitu Upstream, Midstream dan Downstream.

UPSTREAM

Sektor upstream dalam industri minyak dan gas merujuk kepada aktiviti exploration dan production minyak mentah dan gas asli.

Exploration bermaksud mengumpul maklumat atau data menggunakan geologic survey atau lain2 untuk mencari tempat pengumpulan minyak dan gas asli bawah tanah.

Production bermaksud setelah penggalian telaga minyak dan production platform siap, kepala telaga (wellhead) sudah boleh dibuka untuk membawa naik minyak dan gas asli dari bawah tanah ke atas permukaan/platform.

MIDSTREAM

Sektor Midstream merujuk kepada transportation atau pengangkutan minyak dan gas asli sebelum diproses menjadi produk kegunaan seharian.

Contohnya seperti pipelines, pumping stations, tank trucks, rail tank dan transcontinental tankers.

DOWNSTREAM

Sektor terakhir dalam oil & gas adalah Downstream. Disini minyak mentah dan gas asli diproses menjadi ribuan jenis produk2 untuk kegunaan penduduk dunia seharian.

Antara produk2 hasil pemprosesan minyak dan gas asli adalah seperti gasoline (minyak kereta korang), diesel, kerosene, jet fuels, heating oils dan asphalt yang digunakan untuk buat jalanraya.

Produk2 lain hasil daripada long-chain hydrocarbon adalah seperti getah sintetik, baja, pengawet, bekas2 dan plastik2.

Jadi kesimpulannya banyak sumbangan industri oil & gas ni bukan sekadar kepada pendapatan negara kasar, tetapi kepada peluang pekerjaan, bisnes dan juga kegunaan seharian.

Nazmi Ismail – Graduate Engineer BEM: Petroleum & AutoCAD Trainer

Berminat nak belajar Online Course AutoCAD 2D, AutoCAD 3D dan Basic Inventor Modeling? Jom klik link dibawah ya 👇👇

https://nfdesignengineering.com/product/autocad-3-in-1-package/

More To Explore

BIM

Building Information Modeling Service Provider

Kami menyediakan khidmat dan latihan untuk Building Information Modeling bagi projek swasta dan kerajaan. Projek yang kami terlibat untuk BIM: Pembinaan kilang pharmaceutical di Johor

Verified by MonsterInsights