Perbezaan Ball Valve, Gate Valve & Butterfly Valve

Share This Post

Salam & Apa Khabar Semua! Untuk blog kali ni saya nak share tentang perbezaan antara 3 jenis piping valves ni iaitu Ball Valve, Gate Valve & Butterfly Valve. Valve ni dalam bahasa melayu dipanggil injap la gitu. Kalo korang rajin boleh belek2 paip2 kat rumah atau kilang korang tu, ada jumpa tak valve2 ni haha.

Dont worry, based on experience saya yang pernah kerja sebagai engineer kat syarikat buat piping & pipeline valves, saya guna bahasa yang paling mudah dan sempoi untuk korang faham.

BALL VALVE

Ball valve ni dia ada ball atau bola kat dalam dia, bola tu ada lubang ditengahnya di mana cecair atau gas akan flow melalui lubang kat bola tersebut bila ball valve dalam keadaan open. Ball valve open masa lubang tu selari dengan flow cecair atau gas, dan close bila lubang bola tersebut dipusingkan sebanyak 90 degree.

Nak tahu ball valve tu buka atau tak boleh tengok dekat handle valve tu, jika handle tu selari dengan badan ball valve tu maknanya dia open, kalo handle tu perpendiculat dengan body ball valve tu maknanya dia close. Ball valve biasanya guna untuk on-off application, mudah dioperasi dan diselenggara menyebabkan ia digunakan secara meluas di industri.

GATE VALVE

Gate valve pula ada barrier atau gate kat dalam dia. Bila gate tu dibuka maka cecair atau gas boleh flow, bila gate tu ditutup maka cecair atau gas tidak boleh flow. Ruang yang diperlukan untuk letak gate valve ni juga tidak perlu besar sangat sbb saiznya yang lebih kecil, tetapi ia sedikit tinggi sebab ada stem, yoke dan handwheel.

Digunakan untuk shut-off the flow of fluid. Tidak seperti ball valve, gate valve kebanyakannya digunakan untuk diameter paip yang lebih besar iaitu 2″ dan keatas disebabkan ia memiliki ciri rekabentuk yang kurang kompleks berbanding valve2 lain.

BUTTERFLY VALVE

Butterfly valve pula ada dics kat dalam dia, berfungsi untuk mengawal aliran cecair yang melaluinya. Lebih murah dan lebih ringan berbanding design valve2 lain. Istilah butterfly merujuk kepada dics yang mounted pada rod, berfungsi untuk open, close dan regulate the flow of fluid.

Alright setakat itu sahaja penerangan ringkas saya mengenai ketiga2 jenis valve ni, sebab memang masa kerja dulu selalu menghadap valve2 ni.

Inshaallah nak lebih details penerangan2 saya related to piping, mechanical & electrical, design etc teruskan follow website ni dan boleh like FB Page kami NF Design & Engineering. Kami juga ada sediakan online courses AutoCAD 2D & 3D untuk anda.

Online Courses: https://nfdesignengineering.com/…/autocad-3-in-1-package/

NAZMI ISMAIL – Mechanical Engineer, Draftsman, Trainer

More To Explore

BIM

Building Information Modeling Service Provider

Kami menyediakan khidmat dan latihan untuk Building Information Modeling bagi projek swasta dan kerajaan. Projek yang kami terlibat untuk BIM: Pembinaan kilang pharmaceutical di Johor

Verified by MonsterInsights