3 Minyak Mentah Kualiti Terbaik Di Dunia

Share This Post

Pasti ramai yang tak tahu bahawa minyak mentah atau petroleum paling berkualiti di dunia terletak di Malaysia.

Tapis Crude yang terletak di Malay Basin iaitu di perairan pantai timur semenanjung merupakan minyak mentah paling berkualiti di dunia.

Kualiti minyak mentah secara asasnya diukur berdasarkan kepada:

-kandungan sulfur

-berat atau API Gravity

Semakin rendah kandungan sulfur dan ringan berat minyak mentah tersebut, semakin tinggi kualitinya dan semakin mahal.

Akan tetapi perlu faham, harga minyak mentah juga dipengaruhi oleh faktor2 lain, so untuk post ni kita focus kepada kualiti sahaja.

Berdasarkan fakta, Tapis Crude memiliki kandungan sulfur serendah 0.04% dan bacaan API gravity sekitar 43° – 45°.

Minyak mentah yang memiliki kandungan sulfur kurang dari 0.5% dipanggil sebagai sweet crude.Dan juga jika bacaan API melebihi 35° – 45° maka minyak mentah tersebut juga dipanggil sebagai light crude.

Light crude ni maksudnya jika minyak mentah tersebut dituang atas air maka ia akan terapung menandakan ia sangat ringan daripada air.

Minyak mentah yang bacaan API melebihi 10° lebih ringan dari air dan akan terapung manakala minyak mentah bacaan API kurang dari 10° lebih berat dari air dan akan tenggelam.

Jadi di sini, Tapis Crude adalah minyak mentah yang sangat ‘sweet’ dan ‘light’ yang menjadikannya paling berkualiti di dunia.

Namun Tapis Crude ni pengeluarannya tidaklah banyak, jadi sebabtu ramai tak tahu jika nak dibandingkan WTI Crude dan Brent Crude yang menjadi penanda aras harga minyak mentah dunia.

Apa2 pun kita tetap perlu berbangga, walaupun Malaysia ni kecil, orang tak berapa kenal, tapi minyak mentahnya sangat terbaik, banyak syarikat2 gergasi minyak luar buat exploration kat sini.

Bukan setakat Tapis Crude sahaja, malah minyak mentah lain di Malaysia seperti Kikeh dan Kimanis di Sabah dan juga Miri Light di Sarawak juga antara paling berkualiti di dunia.

So apa tujuan kita perlukan minyak mentah berkualiti ni?Bukan sama je ke? Sebab ia keluar dari bawah tanah, lepastu naik atas platform, lepastu hantar ke loji penapisan jugak untuk hasilkan end product.

Okay dia macam ni, dari sudut kualiti end product yes semua sama sahaja tak mengira kualiti minyak mentah.Tapi kelebihan minyak mentah berkualiti iaitu rendah sulfur dan lebih ringan adalah supaya proses2 tapisan minyak mentah untuk hasilkan produk Petrol dan Diesel menjadi lebih mudah.

Ini kerana Petrol dan Diesel adalah produk petroleum paling tinggi permintaan di pasaran.Petrol untuk kereta dan motor manakala Diesel untuk lori, bas, jentera2 berat dan lain2.

Jadi, bila kandungan sulfur minyak mentah kurang dan beratnya sangat ringan, maka proses penapisan minyak menjadi lebih mudah untuk hasilkan Petrol dan Diesel, haa gitulah secara asasnya.

Ini kerana minyak mentah yang banyak sulfur boleh menjadi punca kerosakan alat2 di loji penapisan.

Minyak mentah yang sangat berat juga banyak digunakan untuk hasilkan produk2 petroleum seperti Bitumen yang digunakan untuk pembinaan jalan dan membuat bumbung.

Btw before ni saya dah buat video dah pasal benda ni, tapi saja ja tulis balik haha, boleh follow Youtube video saya diatas

Nazmi Ismail – Jurutera, Pengajar, Penulis

Online Course: https://nfdesignengineering.com/onlinecourses

More To Explore

BIM

Building Information Modeling Service Provider

Kami menyediakan khidmat dan latihan untuk Building Information Modeling bagi projek swasta dan kerajaan. Projek yang kami terlibat untuk BIM: Pembinaan kilang pharmaceutical di Johor

Verified by MonsterInsights